Thursday, July 23, 2015

Nama

Latar tempat: Kolej tempat Julekha belajar


*Turun dari kereta, bertemu Julekha*

Junaidah: Assalamualaikum eka.

Julekha: Waalaikumussalam kak.

Junaidah: Ni akak bawa sekali abang Meon kau. Ha, lupa nak sampaikan haritu abang Meon kirim salam. 

Julekha: Alaihi waalaikissalam.

Sameon: Baru harini kau sampaikan? Buat penat je aku kirim salam awal-awal.

Junaidah: Ceh, bukan penat pun kirim salam awal-awal. 

Sameon: (mengalihkan pandangan ke arah Julekha) Hai Jujumon!

Julekha: Abang Meon! Dari dulu asyik kutuk nama orang jek.

Sameon: Haha... Bukan apa. Nama eka tu pelik sangat. Orang lain semua nama Zulaikha, eka sorang jek Julekha. 

Julekha: Nak buat macam mana dah itu nama yang tercatat dalam surat beranak.

Thursday, July 9, 2015

Rumah bapak aku

Latar tempat: dalam kereta. 



*Menuju stesen pam minyak*


Najmah: haha...

Sameon: Jemah sihat?

Najmah: Sihat Alhamdulillah. Kenapa?

Sameon: Abang ingat sakit sebab gelak seorang-seorang. 

Najmah: Ish abang ni orang sedang berborak dengan Hasenah. Dia cakap dia akan balik 
Malaysia tahun ini.

Sameon: Baguslah. Sudah dua tahun lebih dia tidak balik. Naik rindu mak dan ayahnya di kampung. 

Najmah: Betul tu. Tapi bang, Jemah tidak fahamlah apa yang dia cuba katakan ini. 

Sameon: Apa dia? Biar abang tengok.



Saturday, May 16, 2015

Cerita Junaidah dan Sameon

Latar tempat: Kedai makan mamak.


*Menunggu pesanan makanan*

Sameon: Kau pesan apa tadi?
Junaidah: Nasi putih, telur bistik, dan sayur campur. Kenapa?
Sameon: Telur bistik itu apa?
Junaidah: Kau tak pernah makan telur bistik? Telur bistik macam telur dadar, tapi ada kuah masam-masam pedas. Sedap.
Sameon: Owh, aku tak pernah makan telur bistik. Kalau menu telur biasanya aku pesan telur dadar.


*anne hantar makanan*

Junaidah: Anne, lap meja ini.
Anne: Wokey.


telur bistik 
sumber gambar: http://layarhidupkudiduniafana.blogspot.com/2014/02/resipi-telur-bistik.html



Saturday, May 9, 2015

Hati-hati berdiskusi

Alhamudlillah, belia kini semakin ramai yang cintakan ilmu. Kalau sekitar sepuluh tahun dahulu, cukup susah untuk terjumpa belia yang membaca sambil menunggu bas, tetapi kini, pemandangan seperti ini tidak asing lagi di mata kita. Kadang-kadang kita jumpa belia yang membaca sambil menunggu bas, ada yang membaca di dalam keretapi, ada yang membaca sambil menunggu makanan dihidangkan oleh anne mamak dan ada macam-macam lagi situasi menunggu yang dimanfaatkan oleh belia dengan aktiviti membaca. Semoga Allah kurniakan kefahaman yang sebenar buat mereka.

Tidak cukup dengan membaca, belia Malaysia kini semakin giat melibatkan diri dalam diskusi-diskusi ilmiah serta  perbincangan-perbincangan yang bersifat intelektual tanpa mengira masa dan tempat. Bagus. Inisiatif ini secara tidak langsung mampu menggalakkan belia Malaysia lebih cintakan ilmu dan sentiasa cakna dengan isu-isu semasa yang berlaku sekaligus mengasah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam kalangan belia.

Ada antaranya yang memilih untuk berdiskusi di kedai mamak, ada yang memilih restoran masakan ala thai, ada yang memilih untuk sekadar berdiskusi di tepi tasik, dan ada yang sehingga sanggup menempah bilik berhawa dingin untuk mengadakan perbincangan ilmiah sesama mereka. Paling hebat, jika tidak mampu untuk bertemu di alam nyata, ada yang sanggup mengadakan diskusi ilmiah ini secara atas talian.

Sunday, April 26, 2015

KONTROVERSI! VIDEO TERGEMPAR! HANGAT!

“KONTROVERSI!!! AIMAN AZLAN KAHWIN DI SIAM!”
“VIDEO TERGEMPAR!!! ANWAR KUTUK PAS!”
“HANGAT!!! JUSTIN BIEBER MASUK ISLAM!”

Selalu kita jumpa tajuk berita tergempar sebegini. Semua huruf dibesarkan, tanda seru berganda, kemudian ditambah pula perkataan seperti ‘tergermpar’, ‘terhangat’, ‘terkini’ dan sebagainya. Lalu ramailah yang terpengaruh. Tapi persoalannya, benarkah ia terjadi?

Friday, April 17, 2015

Ayah suka sate, saya suka carbonara

"Didiklah anakmu sesuai dengan zamannya kerana hidup di zamannya sama sekali berbeza dengan zaman di mana engkau dididik"

Saya selalu terjumpa ayat ini samada di laman-laman sosial ataupun dalam artikel di buletin-buletin. Ada yang kata ayat ini diungkapkan oleh Saidina Umar r.a. Tapi WAllahuA'lam. Saya belum cari dengan teliti, jadi saya belum berani kata samada ini dari Saidina Umar r.a. ataupun orang lain. Apa-apa pun, ada iktibar boleh diambil dari mafhum ayat ini.


Beza generasi

Zaman sentiasa berubah. Bukan sahaja antara zaman ayah dengan anak, bahkan jika kita anak sulung, kemungkinan zaman kita dengan zaman adik bongsu pun berbeza. Setiap zaman ada persekitarannya yang tersendiri yang sering berubah dari semasa ke semasa. Lebih-lebih lagi di zaman dunia di hujung jari ini. Segalanya berevolusi begitu pantas. Contohnya, kalau kita memandang dari sudut permainan, kita akan dapati permainan datuk-datuk kita 50 tahun dahulu berbeza dengan permainan ayah-ayah kita 25 tahun dahulu. Permainan kita di zaman ini pula berbeza dengan permainan di zaman ayah-ayah kita. Tarik upih, boling padang, Game Boy Advance(GBA), kaki panjang, layang-layang, gasing, Game Boy Colour(GBC), tuju selipar, congkak, dam haji, tuju tin, PlayStation3(PS3), XBox 360, konda-kondi, batu seremban, aci ligan, nyorok-nyorok dan macam-macam lagi contoh permainan yang berbeza mengikut zaman. Cuba bezakan ikut zaman. Boleh?

Monday, April 6, 2015

Lebih baik begini

Zaman teknologi, serba serbi laju. Kalau dulu orang-orang tua kita membidalkan 'mulut lepas' dengan maksud tidak menjaga tutur kata, dan 'cepat tangan' sebagai sikap suka mencuri, mungkin di zaman ini ada ubahsuai yang boleh difikirkan. Masakan tidak, dulu maklumat berpindah randah melalui perantaraan mulut, sehingga kadang-kadang ada yang terlepas cakap menyebabkan hati sebahagian yang lain terguris. Lalu kita sering diingatkan agar menjaga tutur kata supaya tidak secara tidak sengaja menyakitkan hati orang ramai ataupun supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya dikeluarkan. Hebat sungguh nenek moyang kita dalam memberi nasihat dalam kiasan. Cukup sekadar dua perkataan, 'mulut' dan 'lepas', sudah difahami maksudnya.