Thursday, July 23, 2015

Nama

Latar tempat: Kolej tempat Julekha belajar


*Turun dari kereta, bertemu Julekha*

Junaidah: Assalamualaikum eka.

Julekha: Waalaikumussalam kak.

Junaidah: Ni akak bawa sekali abang Meon kau. Ha, lupa nak sampaikan haritu abang Meon kirim salam

Julekha: Alaihi waalaikissalam.

Sameon: Baru harini kau sampaikan? Buat penat je aku kirim salam awal-awal.

Junaidah: Ceh, bukan penat pun kirim salam awal-awal. 

Sameon: (mengalihkan pandangan ke arah Julekha) Hai Jujumon!

Julekha: Abang Meon! Dari dulu asyik kutuk nama orang jek.

Sameon: Haha... Bukan apa. Nama eka tu pelik sangat. Orang lain semua nama Zulaikha, eka sorang jek Julekha. 

Julekha: Nak buat macam mana dah itu nama yang tercatat dalam surat beranak.

Sameon: Tapi kan eka, eka tak pernah tanya mak atau ayah ke? Kenapa nama eka lain dari orang lain?

Julekha: Tak pernahlah pula. Eka dapat nama macam ni eka redha jeklah. Tak pernah tanya pula. Cuba tanya kak edah kot kot dia tahu.

Sameon: Kau tahu edah?

Junaidah: Tahu. Masa adik aku lahir dulu, ayah aku sibuk. Sampai tak sempat nak daftar nama dia di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Jadi, ayah aku pesan kat Paklang aku suruh tolong daftarkan nama. Macam yang kau cakap, nama asalnya sepatutnya Zulaikha. Tapi kau tahulah Paklang aku tu jawa. Dia rasa Zulaikha tu tak sedap agaknya itu yang dia tukar jadi Julekha. Orang jawa ni kan berat sikit nak bunyikan huruf z.

Sameon: Owh, apa maksud Zulaikha?

Junaidah: Ala... Nama perempuan yang dikatakan isteri pemerintah Mesir dulu. Kalau kau cari dalam Al-Quran, kau akan jumpa 'imroatul aziz', kau takkan jumpa nama Zulaikha tapi kalau kau buka kitab tafsir, ada yang kata 'imroatul aziz' ni Zulaikha.

Sameon: Owh, begitu. Nama kau pula edah?

Junaidah: Nama aku memang ada dalam bahasa Arablah. Ejaannya (جُنَيدة).Maksudnya 'tentera perempuan yang comel'. Sesuai sangat dengan aku yang comel ni. 

Sameon: Yelah tu. Aku tengok tak nampak comel pun. 

Junaidah: Ya Allah. Orang cakap betul dia tak percaya. Eh, kau tanya nama orang, nama kau sendiri tu macam mana? Apa maksud Sameon?

Sameon: Mestilah ada maksud. Sameon ni nama orang Arab kalau kau nak tahu.

Julekha: Pandailah abang Meon nak kelentong. Setakat yang saya belajar, Bahasa Arab ni ada empat baris sahaja; atas, bawah, depan, mati. Sekarang cuba abang Meon terangkan perkataan Arab mana yang ada baris condong macam bunyi 'me' dalam nama abang Meon tu?

Sameon: Amboi, ustazah eka pandai Bahasa Arablah.

Julekha: Bukanlah pandai sangat, cuma asas-asas Bahasa Arab tu tahulah sikit-sikit sebab dulu eka pernah belajar tajwid di sekolah petang.

Sameon: Betullah apa yang eka cakap tu. Kalau ikut kaedah Bahasa Arab, nama abang Meon memang tak wujud. Tapi dulu abang pernah tanya seorang ustaz ni, dia kata nama abang Meon kalau dalam Bahasa Arab, kita eja jadi Samiun (سمِيعٌ). 'me' tukar jadi 'mi'. Maksudnya, 'orang yang mendengar'.

Julekha: Kenapa nak tukar baris pula?

Sameon: Sebab Sameon tiada maksud. Jadi kita sesuaikan ikut baris yang ada maksudlah. Kalau diperhatikan semula, banyak nama orang Melayu ni bawa maksud Arab tetapi apabila dieja dengan tulisan rumi, jadi hilang maksud. Contoh ada kawan abang dulu namanya Siakir. Kalau tengok sekali pandang macam tiada maksud tapi bila kami tanya ustaz, katanya 'sia' tu sebutannya bukan 'si-a' tetapi 'sya'. Kalau dalam bahasa Arab pula dieja Syakir (شاكر). Maksudnya orang yang bersyukur.

Julekha: Owh, Kalau 'Khairul' abang tahu tak maksudnya apa?

Sameon: Ustaz abang cakap, kebanyakan nama yang ada 'ul' di hujung macam Khairul, Amirul, Nurul, Ainul, Syahrul, dan lain-lain semuanya disebabkan ada sambungan dengan alif dan lam di perkataan berikutnya. Contohnya Khairul Amirin. Khair satu perkataan, al-Amirin satu perkataan. Maka jadilah (خير الأميرين). Kalau Khairul semata-mata tiada maksud.

Junaidah: Kalau Hairul?

Sameon: Itu salah ejalah tu. Hairul, Qhairul, Qoyrul, dan yang seumpamanya biasanya merujuk kepada Khairul jugak. Cuma salah eja ketika daftar di JPN.

Julekha: Haa... ni ada satu nama pelik. confirm abang Meon tak tahu. 

Sameon: Apa dia?

Julekha: Kawan eka ada nama Aurelia. Dia pun tak tahu maksud nama dia apa. Ustazah yang ajar Bahasa Arab pun tak tahu.

Sameon: Ceh, memanglah ustazah tak tahu sebab Aurelia ni bukan bahasa Arab. Dengar baik-baik ni abang kimia nak cerita. Aurelia ni asal-usulnya panjang. Tapi untuk mudahkan kefahaman, biasanya orang kaitkan Aurelia dengan Aurum. Aurum ni 'Au'. 'Au' dalam jadual berkala maksudnya apa? 

Julekha: Jadual berkala tu periodic table kan?

Sameon: Yups.

Julekha: 'Au' tu bukan gold ke?

Sameon: That's right! Kawan eka si aurel tu maksudnya emas. Merujuk kepada something gold-like. Precious. Berharga. Ini pendapat abanglah.

Julekha: Laa... selama ni kami belajar kimia tak tahu pun 'Au' tu Aurelia. Aurum tahulah. Sekarang baru tahu.

Sameon: Dah tahu bagus. Kalau tak tahu tanya lagi.

jadual berkala unsur
sumber gambar: http://spmchemistry.onlinetuition.com.my/2013/01/the-periods.html



Julekha: Banyak lagi nama yang eka tak tahu ni. Kawan eka ramai yang alien. Nama pelik-pelik. Salza Shahira, Farbila...

Junaidah: Pasal nama-nama pelik tu nanti kita sambung borak dalam kereta ya. Sekarang jom kita gerak dulu. Akak dah lapar ni. 

Julakha: Baiklah.

Sameon: Jom.

No comments:

Post a Comment