[Artikel ini terinspirasi dari artikel tulisan hakak saya, NourlHousna Tawfiq di blognya, resamkehidupan.blogspot.com]
Pada awalnya saya bercadang untuk menulis tentang bidang master ini secara umum tetapi setelah memerhati perjalanan pengajian beberapa orang kenalan yang mengambil aliran berbeza, maka saya rasa artikel kali ini lebih sesuai saya fokuskan kepada pelajar yang sama aliran dengan saya iaitu aliran sains kemanusiaan. Namun begitu, saya tidak nafikan mungkin beberapa poin yang saya nyatakan nanti terpakai juga untuk rakan-rakan dari aliran lain.
Untuk pengetahuan kalian, 'master' ini dalam bahasa Melayu dipanggil ijazah sarjana manakala 'first degree' yang biasa kita sebut sebagai 'ijazah' itu nama penuhnya ijazah sarjana muda. Sengaja saya ingatkan dulu takut terkeliru nanti.
Soalan: Kursus apa yang terangkum bawah aliran Sains Kemanusiaan?
Jawapan: Ada banyak kursus ditawarkan antaranya Antropologi, Linguistik, Geologi, Pengajian Islam, Sejarah, dan sebagainya. Tapi bukan semua universiti menawarkan kursus yang sama. Jadi, sebelum anda sambung pengajian, rajin-rajinkanlah diri untuk membuka laman sesawang universiti pilihan anda untuk menyemak semula kursus apa yang ditawarkan yang sesuai dengan anda.
Ini contoh Fakulti Sains Kemanusiaan dan kursus yang ditawarkan di dua universiti yang berbeza.
1) http://www.ox.ac.uk/admissions/undergraduate/courses-listing/human-sciences
2) http://fsk.upsi.edu.my/index.php/program-offered/pgraduate
Secara ringkasnya, panduan yang saya gunakan sebelum menyambung pengajian dahulu terangkum dalam jawapan terhadap lima soalan utama iaitu kenapa, apa, bila, bagaimana, dan mana.
Kenapa?
Soalan yang paling susah antara lima soalan ini. Kalau anda berjaya jawab soalan ini, insyaAllah soalan-soalan seterusnya tidak terlalu susah.
Kenapa perlu sambung master? Tidak cukupkah dengan ijazah sarjana muda?
Ini antara soalan-soalan biasa yang bermain di minda. Bagi menjawab soalan ini, pertamanya kalian perlu jujur dengan ilmu. Niatkan di hati bahawa tujuan kalian sambung belajar itu pertamanya kerana ilmu. Soal peluang kerja dengan sijil master, itu soal kedua. Kalau kalian letakkan persoalan kerja sebagai sebab utama sambung master, takut-takut nanti kurang rasa ikhlas ketika belajar yang menyebabkan kalian sekadar mengejar pointer dan tidak bersungguh dalam menuntut ilmu.
Namun begitu, untuk pengetahuan kalian, pelajar bidang sains kemanusiaan yang menyambung pengajian ke peringkat master biasanya merupakan mereka yang sedang atau akan menceburkan diri dalam jalur pendidikan. Senang cakap, cikgu atau pensyarah. Kalau kalian berminat ke arah ini, minat mengajar dan bergaul dengan ramai orang setiap hari, silakan. Tapi kalau kalian lebih suka kerja pejabat, suka uruskan konsultan atau lain-lain, maka lebih sesuai kalian terus bekerja dengan sijil ijazah sarjana muda yang telah diperoleh. Ini lebih menjamin kerana kebanyakan bidang selain bidang pendidikan mementingkan pengalaman kerja berbanding sijil semata-mata.
Begitu juga jika kalian datang dari keluarga yang kurang berkemampuan, atau kalian sendiri mempunyai hutang pengajian dan ingin menyambung pengajian dengan berhutang sekali lagi, saya sarankan kalian bekerja dahulu. Kumpul duit untuk selesaikan beberapa urusan dahulu, kemudian apabila sudah agak reda, tekadkanlah hati untuk terus sambung belajar. InsyaAllah, moga dipermudahkan.
Apa?
Kursus apa yang sesuai untuk aku?
Bagi menjawab soalan ini, kalian cuma kena jujur dengan hati, di mana minat kalian? Usah terlalu takut untuk lompat kursus dan jangan pula mengikut-ikut kawan dalam pemilihan kursus. Kalau kalian lepasan kursus linguistik Melayu contohnya, tetapi cenderung untuk menyambung pengajian dalam kursus tamadun Melayu, maka silakan, tiada masalah. Sebaliknya kalau kalian cenderung pada kursus linguistik am pula, silakan juga. Buatlah pilihan dengan bijak.
Bahkan kalau kalian ingin melompat jauh, ke kursus kaunseling contohnya, maka silakan. Tiada masalah. Di peringkat master, memilih kursus yang lain dari kursus yang diambil di peringkat sarjana muda dahulu bukannya suatu kesalahan malah ia suatu kebiasaaan selagi mana bersesuaian dan ada kaitan antara satu sama lain. Bukanlah lompat sesuka hati sehingga ke aliran lain. Contohnya bidang geologi lompat ke bidang perubatan. Tak bolehlah.
Bila?
Bila aku perlu sambung master? Terus sambung atau cari kerja dulu?
Samada sambung terus atau kerja dulu, dua-dua pun bagus. Kalau sambung terus, kita mampu meneruskan momentum belajar di peringkat ijazah dahulu. Kalau kerja dulu, kita dapat berehat sebentar dan mencari pengalaman hidup berkerjaya yang sedikit sebanyak mampu membuka minda dengan sudut pandang berbeza.
Kekurangannya pula, kalau kita sambung terus, mungkin cara fikir kita akan masih sempit dan terfokus dengan dunia pendidikan berbanding mereka yang bekerja dahulu. Masalah kalau kerja pula, mungkin nanti kita akan selesa dapat gaji bulan-bulan, boleh makan sedap-sedap, boleh hulur duit pada mak ayah setiap bulan, boleh buat macam-macam sehingga melunturkan semangat untuk menyambung pengajian.
Terpulanglah. Baik dan sesuai untuk setiap orang berbeza. Kalau saya sendiri, saya lebih selesa bekerja dahulu untuk mencari pengalaman. Dulu sebelum sambung master, saya habiskan masa setahun bekerja dengan gaji gred SPM. Sengaja saya kerja dengan gaji rendah untuk kenal hidup dari sudut berbeza (padahal saja nak sedapkan hati sebab permohonan kerja lain semuanya ditolak. haha...)
Bagaimana?
Bagaimana caranya untuk aku sambung pengajian?
Ini soalan yang paling mudah. Setiap universiti menggariskan cara permohonan yang berbeza. Jadi, untuk tahu cara menyambung pengajian, kalian cuma perlu pergi ke laman sesawang universiti yang kalian inginkan, lalu carilah dan bacalah cara permohonan di situ. Kalau rajin, pergilah terus ke universiti tersebut lalu tanyalah secara langsung staf yang bertugas di kaunter. InsyaAllah, soalan kalian akan dijawab dengan jelas.
Mana?
Di mana harus aku lanjutkan pengajian? Kalau kalian tanya saya, saya akan tanya semula, dulu kalian belajar ijazah di mana?
Kalau ijazah kalian diperoleh dari universiti dalam negara, maka saya akan syorkan kalian sambung master ke luar negara. Manakala jika ijazah kalian diperoleh dari universiti luar negara, maka saya akan syorkan kalian sambung master di universiti dalam negara.
Sebabnya, supaya kalian biasakan diri dengan keadaan dalam dan luar negara. Di luar negara, kita dipaksa hidup dengan masyarakat asing. Sangat menarik dan mencabar diri dan dari situ kita dapat belajar cara sesuaikan diri dengan situasi berbeza. Di Malaysia pula, kita dipaksa hidup dengan masyarakat yang kita sudah biasa dengannya. Dengar macam tidak susah, tetapi kalau kalian sudah bertahun-tahun di tempat orang, agak kekok sebenarnya untuk biasakan diri dengan negara sendiri.
Tambahan, kita selepas tempoh tertentu akan berkhidmat semula di tanah air sendiri. Jadi, jika kebanyakan masa kita dihabiskan di luar negara dan kurang diluangkan di tanah air sendiri, boleh jadi tindakan kita nanti dilihat 'tidak tempatan'.
Sebaliknya jika ijazah kita diperoleh di dalam negara, lalu master juga diteruskan dalam negara, biasanya kita akan lihat hasilnya akan jadi 'sangat tempatan' dan tidak dinamik. Sekadar menyambung warisan senior-senior terdahulu. Tetapi kalau kalian biasa beraktiviti di dalam dan luar negara, biasanya masalah ini tidak berlaku.
Iklan: Hakak Housna dah berjaya terbitkan buku berjudul Cinta Please #throwback. (Tahniah! Bravo! Kipidap!) Kalau berminat, kalian boleh membeli terus di sini atau hubungi beliau menerusi facebook di sini.

terima kasih.sangat menjawab soklan dalm fikiran saya..masih membuat penelitian untuk sambung master.
ReplyDeleteSama-sama. Timbanglah dengan teliti. Moga keputusan yang dibuat nanti merupakan yang terbaik.
DeleteSama-sama. Timbanglah dengan teliti. Moga keputusan yang dibuat nanti merupakan yang terbaik.
DeleteTerima kasih atas perkongsian yg sgt bermotivasi.
ReplyDeleteSama-sama.
DeleteSama-sama.
DeletePerkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Apa yg anda ceritakan sama dgn apa yg sy alami.Datang dr keluarga yg kurang berkemampuan.Mulanya semangat nak sambung belajar terus lepas habis pengajian sarjana muda,tapi fikir tentang dana utk sambung tu pulak.Mak Ayah dah berhabis banyak menanggung masa pengajian sarjana muda.Jadi tanpa fikir banyak,terus mencari lowongan kerja kosong.Hantar resume kemana2 syarikat.Akhirnya dpt kerja.Lalu tahun ketiga bekerja,mula menyambung pengajian sarjana secara separuh masa.Alhamdulillah baru habis pengajian sarjana pentadbiran perniagaan (MBA) hujung tahun 2017.Walau sedang bekerja,tetap nak sambung pengajian diperingkat phd pulak.Tapi saya bukanlah dalam kategori yang ada peluang utk sambung belajar keluar negara.Kalau dikatakan sangat tempatan dan tidak dinamik mungkin saya kurang bersetuju.Sbb ia bergantung pada bagaimana seseorang itu mengalami bidang pengajiannya.Macam yang saya alami,kelebihan saya bekerja sambil belajar,pertamanya dapat pengalaman industri dan melihat skop ilmu pekerjaan ini lebih praktikal dan banyak pengalaman yg tidak mungkin boleh ada dalam buku teks sahaja.Kedua,bila sambung belajar master ni,tergantung pada bidang kursus juga.Macam saya,walau part time,ada kursus yang memerlukan saya keluar negara utk alami sendiri seperti lawatan akademik.Contoh subjek global business issues,saya dan rakan2 keluar negara utk melihat dan mengalami bagaimana masyarakat luar negara menguruskan perniagaan mereka berdasarkan tugasan kursus yg diberi pensyarah.Memang sangat membuka minda walaupun tidak mengambil masa yg lama ke luar negara.Sedikit sebanyak ia membantu.Manakala kelebihan lain org yg bekerja sambil belajar,mereka tidak akan merasa bosan,kerana hampir kesemua kursus membincangkan kajian kes.Jadi melalui pengalaman kerja semua orang,pelbagai isu dapat dipaparkan dalam perbincangan akademik dan pelbagai jawapan melalui sudut pandang ahli akademik dapat diperolehi.Ingin saya tekankan bahawa pengajian pascasiswazah ini sangat menarik kerana kita tidak dilayan seperti pelajar diploma dan ijazah.Komunikasi dua hala lebih terbuka dibanding masa kelas sarjana muda dulu,kebanyakan pelajar hanya mendengar dan kurang memberi respon.(menurut pengalaman sendiri).Harap pada yg ingin sambung belajar,teruskanlah kerana ilmu ini tidak akan habis.Wlupon anda bergelar Dr,tetap sampai mati kita wajib belajar utk meneruskan hidup yg serba mencabar ini.Terima kasih.
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya sekarang bekerja sebagai seorang doktor gigi secara kontrak. Boleh ke kalau saya nak sambung mastee dalam aliran yg lain dari ijazah yg saya ada sekarang ini, iaitu dari ijazak pergigian ke sains kemanusiaan?
ReplyDeleteMenarik artikel dikongsi..btw saya merupakan RA atau pembantu kajian.Jika ada perlukan bantuan utk penulisan jurnal/mencari jurnal,thesis writing dan analsisa SPSS dan sebagainya juga menulis untuk buku dan novel bolehla hubungi saya 0166371460.Mana tahu nak upah kan..boleh berbincang nt.
ReplyDelete