Latar tempat: dalam kereta.
*Menuju stesen pam minyak*
Najmah: haha...
Sameon: Jemah sihat?
Najmah: Sihat Alhamdulillah. Kenapa?
Sameon: Abang ingat sakit sebab gelak seorang-seorang.
Najmah: Ish abang ni orang sedang berborak dengan Hasenah. Dia cakap dia akan balik
Malaysia tahun ini.
Sameon: Baguslah. Sudah dua tahun lebih dia tidak balik. Naik rindu mak dan ayahnya di kampung.
Najmah: Betul tu. Tapi bang, Jemah tidak fahamlah apa yang dia cuba katakan ini.
Sameon: Apa dia? Biar abang tengok.
Sameon: Apa yang Jemah tidak faham?
Najmah: Apa maksud dia 'sini rumah aku kt Malaysia rumah bapak aku'?
Sameon: Maksudnya, perangai dia ketika di perantauan dengan perangai dia apabila pulang ke Malaysia tidak boleh sama. Kalau di perantauan dia bebas berjalan ke mana-mana, bebas balik rumah pukul berapa, hari apa, tetapi di Malaysia tidak boleh begitu.
Najmah: Kenapa pula? Dia sudah dewasa kan?
Sameon: Betul dah dewasa, tapi apabila berada di tempat berbeza, cara pembawakan diri perlu berbeza. Ingat lagi ketika abang belajar di oversea dahulu?
Najmah: Pleaselah bang, setakat UMS, bukan oversea pun.
Sameon: At least over the sea kan? haha...
Najmah: Apa-apalah... Tapi, apa kaitan antara abang belajar di UMS dengan Senah belajar di luar negara?
Sameon: Dulu, ketika abang belajar di sana, abang tinggal di rumah sewa. Kalau Jemah tengok perangai abang di rumah sewa dengan perangai abang sekarang ini di rumah, pasti Jemah terkejut. Sepanjang abang tinggal di rumah dengan mummy dan daddy, pernah Jemah tengok abang balik selepas pukul 12 malam? Pernah tengok abang lepas sarapan tiba-tiba hilang sehingga Subuh esok baru muncul?
Najmah: Hilang tiba-tiba dan muncul tiba-tiba tidak pernah. Tetapi balik selepas pukul 12 malam pernah. Cuma tidak selalu. Abang Meon pernah balik pukul satu pagi sebab ada program di Senawang.
Sameon: Owh, itu sebab ada program dan untuk pengetahuan Jemah, abang sudah maklumkan pada mummy pukul 10 malam sebelum itu yang abang akan balik lewat sedikit. Tapi kalau Jemah hendak tahu, ketika abang tinggal di rumah sewa dulu perangai abang memang berbeza. Kadang-kadang balik rumah pukul tiga pagi, kadang-kadang tidak balik langsung. Kalau ada kawan tiba-tiba ajak keluar ngeteh, tidak kiralah pukul berapa abang akan terus keluar. Tahu kenapa?
Najmah: Sebab itu rumah sewa abang sendiri. Betul?
Sameon: Betul. Sama juga macam apa yang Senah cakap tadi, perangai dia di perantauan di rumah sewa, berbeza dengan perangai dia apabila dia balik Malaysia nanti. Di rumah sendiri kita bebas, tetapi di rumah bersama mak dan ayah, ada adab-adab yang sepatutnya kita amalkan.
Najmah: Contohnya?
Sameon: Contoh paling mudah keluar-masuk kita. Maklumkan pada mak dan ayah. Lagi, interaksi kita dalam rumah. Ini biasa terjadi pada pelajar yang tinggal di asrama. Balik rumah hujung minggu, membongkang setiap masa. Kalau kawan ajak hangout, terus bersiap tetapi jika mak ayah minta tolong bersihkan halaman rumah dia beri alasan penatlah, letihlah.
Najmah: Nasib baik Jemah tidak tinggal di asrama.
Sameon: Macam-macam lagi sebenarnya. Apa yang abang cakap tadi contoh sahaja. Senang cerita, adab-adab ini untuk jaga hati mak ayah. Kadang-kadang mak suruh kita cuba rasa masakan dia, rasalah. Jangan tolak mentah-mentah. Sebab mak-mak ini biasanya tidak ajak anak untuk berborak isu negara, isu politik. Jadi, suruh rasa makanan itu merupakan salah satu skil dia untuk ajak kita bersembang. Kalau tidak suka sekalipun, rasalah sedikit. Jaga hati mak. Kalau Jemah banyak berborak dengan orang tua, Jemah akan dapat tangkap beberapa skil mereka untuk rapat dengan anak-anak. Mana tidaknya, zaman mereka membesar lain dengan zaman kita. Kalau tunggu ayah ajak team-up untuk attack roshan, atau tunggu mak ajak buat dubmash lagu frozen, memang susahlah. Kadang-kadang daddy sedang bertukang dia minta abang ambilkan air kosong, apabila dihulurkan air, dia ambil dan letak air di tepi dan mulalah dia cerita pasal kayu itu, pasal paku ini, air yang dia minta tadi dia tidak minum pun. Sengaja disuruh ambil air untuk jadikan modal ajak berborak. Kalau nak cerita satu-satu Jemah, terlampau banyak sebenarnya.
Najmah: Owh, baru faham. Tidak pernah Jemah terfikir macam abang Meon fikir. Tapi bang, dari mana abang belajar adab-adab ini? Mummy pernah marah abang sambil dia luah semua ini ke? aiyokkk...
Sameon: Tidaklah sampai begitu sekali. Sebenarnya Pak Andak yang banyak ajar abang tentang semua ini. Bukan ajar, tetapi abang banyak dengar luahan hati Pak Andak. Dia pernah mengadu pada abang tentang anak dia si Jondol tu. Jadi, abang ambil iktibar dari keluhan-keluhan Pak Andak lalu abang aplikasikan dalam hidup.
Najmah: Jondol yang mana? Anak kembar Pak Andak itu dua-dua Jondol; Jondol Arifin dengan Jondol Akifin.
Sameon: Ah, dua-dua Jondol perangai sama. Jondol kepala gondol.
Najmah: Jahatttttt!
Sameon: Ops, terlepas geram pula. Tunggulah raya nanti abang mohon maaf dari mereka berdua. haha...
Najmah: Haha... entah apa-apa. Pak Andak pun satu hal letak nama anak pelik dan tidak ada maksud.
Sameon: Eh, Jondol ada maksudlah. Pak Andak pernah beritahu abang maksud nama Jondol tetapi abang lupa. Abang ingat ejaan dalam bahasa Arab جند العارفين dengan جند العاكفين.
Najmah: Biar betul? Baiklah, raya nanti Jemah akan tanya pada Mak Andak.
*tiba di stesen pam minyak*
Sameon: Jemah turun tolong isi minyak, abang hendak telefon Jondol sebentar.
Najmah: Berapa banyak?
Sameon: full tank. (sambil menaip sesuatu di telefon)
Sameon: Assalamualaikum Dol!

No comments:
Post a Comment