Latar tempat: Kedai makan mamak.
*Menunggu pesanan makanan*
Sameon: Kau pesan apa tadi?
Junaidah: Nasi putih, telur bistik, dan sayur campur. Kenapa?
Sameon: Telur bistik itu apa?
Junaidah: Kau tak pernah makan telur bistik? Telur bistik macam telur dadar, tapi ada kuah masam-masam pedas. Sedap.
Sameon: Owh, aku tak pernah makan telur bistik. Kalau menu telur biasanya aku pesan telur dadar.
*anne hantar makanan*
Junaidah: Anne, lap meja ini.
Anne: Wokey.
*anne lap meja dan beredar*
Sameon: Edah, kau nak tahu satu rahsia tak?
Junaidah: Rahsia apa?
Sameon: Antara cara lelaki nak tengok seseorang perempuan itu calon isteri yang baik ataupun tidak, tengok cara dia layan orang yang tiada hubungan dengannya contohnya anne mamak. Kalau dengan anne mamak pun dia bersopan, apatah lagi dengan suaminya nanti.
Junaidah: Eh, aku tak sopankah tadi?
Sameon: Tadi ketika engkau minta anne itu lap meja, kau 'suruh' dia lap meja atau kau 'minta tolong' dia lap meja?
Junaidah: Err... aku tak perasan.
Sameon: Tadi kau suruh. Lain kali perlu lebih baiklah ya. Bukankah muslim yang baik ialah muslim yang hari ini lebih baik dari semalam?
Junaidah: Betul betul betul tu ustaz Meon.
Sameon: Haha... aku engineer bro.
Junaidah: Aku 'sis' bro. Elok sikit.
Sameon: Haha... Sudahlah, jom makan.
Junaidah: Ittadakimas!
*selesai makan*
Sameon: Edah, aku nak tanya soalan sensitif sikit boleh?
Junaidah: Sensitif yang macam mana tu?
Sameon: Maaf cakaplah ya, Kenapa kau masih belum bertudung?
Junaidah: Aku tidak suka berpura-pura. Hipokrit.
Sameon: Kenapa hipokrit pula?
Junaidah: Yalah, aku memang tidak bertudung. Kalau aku pakai, maknanya aku berpura-pura. Tunjuk baik depan orang.
Sameon: Tapi sebenarnya kau memang baik. Aku tengok kau solat tak tinggal. Setiap kali masuk waktu solat, kau pergi ke musolla dan bersolat dengan bertelekung. Tugasan pejabat pula semua kau siapkan dengan cepat mengikut tarikh serahan. Setiap hujung bulan pula kau hantar duit kepada mak dan ayah di kampung. Akhlak kau bagus. Tapi bab pakai tudung sahaja yang kau kurang.
Junaidah: Itu apa yang kau nampak, kejahatan aku kau tak pernah nampak lagi.
Sameon: Baguslah tu, Allah sorokkan kejahatan kau. Moga-moga sempat kau bertaubat.
Junaidah: Sebab itulah aku tidak bertudung rasanya. Sebab aku jahat, tak layak pakai tudung.
Sameon: Aku rasa kau ni hipokritlah Edah.
Junaidah: Eh, aku tak pakai tudung dipanggil hipokrit? Maksud kau?
Sameon: Yalah. Jelas-jelas kau berperwatakan solehah. Cuma mungkin di belakang orang kau agak jahat, kau jadikan alasan jahat itu untuk kekal tidak bertudung. Kau pura-pura jahat dengan tidak bertudung supaya kau boleh terus berkelakuan jahat. Kan?
Junaidah: Tidaklah sampai begitu. Cuma aku rasa belum layak untuk bertudung.
Sameon: Mana ada. Tutup aurat ni wajib. Kau tak perlu tunggu jadi betul-betul solehah dalam dan luar baru kau bertudung. Bila dah cecah umur baligh, wajib bertudung.
Junaidah: Nanti kalau aku bertudung dan buat perangai tak elok depan orang macam mana?
Sameon: Baiki perangai yang tak elok tu. Pakai tudung tu baik, tapi kalau kau masih tidak boleh tinggalkan perangai jahat, ubah sedikit demi sedikit. Kau tak perlu buka tudung untuk jadikan alasan untuk buat perangai yang tidak elok. Cukup kau baiki perangai. Itu lebih mulia dan lebih rasional.
Junaidah: Terima kasihlah Meon atas nasihat kau. Nantilah aku fikirkan semula.
Sameon: Semoga aku dan kau sentiasa diberikan hidayah oleh Allah.
Junaidah: Amin. Jomlah cepat kita habiskan minum. Sudah lama sangat kita ni.
*selepas bayar, sebelum menaiki kereta*
Junaidah: Meon, esok kau masuk pejabat pukul berapa? Kau pergi lawat site dulu atau macam mana?
Sameon: Aku esok masuk pagi. Ada nak siapkan paper. Pukul 10 lebih baru aku gerak pergi site. Nak ikut?
Junaidah: Boleh juga. Tengoklah esok macam mana.
Sameon: Baiklah. Kirim salam pada adik kau weh Edah. Cakap abang Meon kirim salam.
Junaidah: You're not my taste bro.
Sameon: Weh cik akak, aku bukan berkenan pada kau. Aku berkenan pada adik kau.
Junaidah: Haha...ada-ada sahaja engkau ni. Jumpa esok weh, Assalamualaikum.
Sameon: Waalaikumussalam

telur bistik
sumber gambar: http://layarhidupkudiduniafana.blogspot.com/2014/02/resipi-telur-bistik.html

Gambar hiasan: Ini bukan Junaidah
sumber gambar: facebook Tuliphijab
Junaidah: Meon, esok kau masuk pejabat pukul berapa? Kau pergi lawat site dulu atau macam mana?
Sameon: Aku esok masuk pagi. Ada nak siapkan paper. Pukul 10 lebih baru aku gerak pergi site. Nak ikut?
Junaidah: Boleh juga. Tengoklah esok macam mana.
Sameon: Baiklah. Kirim salam pada adik kau weh Edah. Cakap abang Meon kirim salam.
Junaidah: You're not my taste bro.
Sameon: Weh cik akak, aku bukan berkenan pada kau. Aku berkenan pada adik kau.
Junaidah: Haha...ada-ada sahaja engkau ni. Jumpa esok weh, Assalamualaikum.
Sameon: Waalaikumussalam
No comments:
Post a Comment