"Didiklah anakmu sesuai dengan zamannya kerana hidup di zamannya sama sekali berbeza dengan zaman di mana engkau dididik"
Saya selalu terjumpa ayat ini samada di laman-laman sosial ataupun dalam artikel di buletin-buletin. Ada yang kata ayat ini diungkapkan oleh Saidina Umar r.a. Tapi WAllahuA'lam. Saya belum cari dengan teliti, jadi saya belum berani kata samada ini dari Saidina Umar r.a. ataupun orang lain. Apa-apa pun, ada iktibar boleh diambil dari mafhum ayat ini.
Beza generasi
Zaman sentiasa berubah. Bukan sahaja antara zaman ayah dengan anak, bahkan jika kita anak sulung, kemungkinan zaman kita dengan zaman adik bongsu pun berbeza. Setiap zaman ada persekitarannya yang tersendiri yang sering berubah dari semasa ke semasa. Lebih-lebih lagi di zaman dunia di hujung jari ini. Segalanya berevolusi begitu pantas. Contohnya, kalau kita memandang dari sudut permainan, kita akan dapati permainan datuk-datuk kita 50 tahun dahulu berbeza dengan permainan ayah-ayah kita 25 tahun dahulu. Permainan kita di zaman ini pula berbeza dengan permainan di zaman ayah-ayah kita. Tarik upih, boling padang, Game Boy Advance(GBA), kaki panjang, layang-layang, gasing, Game Boy Colour(GBC), tuju selipar, congkak, dam haji, tuju tin, PlayStation3(PS3), XBox 360, konda-kondi, batu seremban, aci ligan, nyorok-nyorok dan macam-macam lagi contoh permainan yang berbeza mengikut zaman. Cuba bezakan ikut zaman. Boleh?
Mungkin disebabkan perbezaan generasi ini jugalah kita diingatkan oleh orang-orang tua agar memilih pasangan yang tidak terlalu jauh beza umurnya dengan kita. Ada yang meletakkan maksima perbezaan umur antara suami dan isteri selama lima tahun dengan anggapan supaya cara berfikir suami dan isteri tidak terlalu berbeza. Yalah, masakan cara berfikir orang yang tidak pernah main PS3 akan sama dengan orang yang bermain PS3. Masakan pula cara berfikir orang yang tidak pernah main tarik upih akan sama dengan orang yang bermain tarik upih?
Setiap zaman berbeza tetapi tidak bermaksud kita perlu sentiasa berbeza dengan orang yang berlainan zaman. Kewujudan perbezaan inilah yang sepatutnya mendorong kita untuk mencari titik persamaan antara kita semua. Perbezaan tidak harus dijadikan alasan untuk mewujudkan jurang pemisah antara kita. Saya jadi sedih mendengar luahan segelintir orang yang rimas dengan perangai ibu dan bapanya yang kolot dalam itu dan ini. Kononnya ibu dan bapanya tidak faham bahawa cara mendidik anak zaman ini perlu berbeza dengan cara zaman dahulu. Tetapi kalau kita muhasabah diri semula, tidakkah kita seharusnya faham bahawa selain cara mendidik, cara berfikir zaman ini dan zaman dahulu juga berbeza? Jadi siapa yang harus diperbetulkan? Ibu bapa perlu ubah cara sesuai dengan cara anak atau anak yang perlu ubah cara sesuai dengan cara ibu bapa? (Anak yang saya maksudkan di sini anak yang sudah besar, yang sudah melepasi alam persekolahan.)
Antara sate dan carbonara
"Ayah, adik cemerlang dalam peperiksaan baru-baru ni, taknak bawa dia jalan-jalan atau makan-makan ke?" Tanya saya kepada ayah beberapa tahun dahulu.
"Nanti Adli tanya adik bila dia free, kita pergi makan sate ramai-ramai" Jawab ayah santai.
Saya terasa agak janggal. Kenapa cuma sate? Sebab bagi saya, kalau nak meraikan kejayaan seseorang, sepatutnya diberi sesuatu yang gah, yang bukan biasa-biasa. Tapi saya tidak membantah dan tidak juga bertanya kenapa sate jadi pilihan. Saya turutkan kata ayah. Cuma saya tertanya-tanya kenapa dalam banyak-banyak makanan, sate jadi pilihan. Kalau saya, saya lagi suka carbonara. Bagi saya, carbonara lebih mewah, lebih sedap.
Persoalan yang saya fikirkan itu saya biarkan berlalu. Sebab saya tidak rasa soalan itu penting untuk ditanya. Asalkan makan, cukuplah. Tidak kisahlah sate ke, carbonara ke, mi tarik ke, nasi kandar ke, asalkan boleh kenyang, cukup. Tetapi beberapa bulan yang lalu, ketika sedang berehat santai dengan ayah, tiba-tiba ayah bersuara:
"Zaman ayah dulu sate mahal. Kalau nak tunggu wan bawa pergi makan sate, kena naik bas, pergi pekan, baru dapat makan. Dulu pekan bukan dekat dengan rumah kampung macam sekarang. Jauh. Jarang-jarang baru dapat makan sate."
Baru saya faham. Cara saya pandang sate dan cara ayah pandang berbeza. Mungkin disebabkan saya terbiasa membesar di kawasan yang agak bandar, dekat dengan Kajang pula tu, menyebabkan saya pandang sate sebagai makanan harian yang biasa. Kalau carbonara, saya pandang mewah. Tambah-tambah lagi carbonara di Secret Recipe. Harga sepinggan carbonara sahaja boleh beli sate 20 cucuk lebih!
Cermin diri
"Life is all about adapting. Either you adapt with people, or people adapt with you"
Saya terjumpa kata-kata ini di status seorang kenalan di facebook. Saya setuju dengan beliau. Dalam hidup ini, banyak perkara memerlukan tolak ansur. Boleh jadi kita menolak dan pihak lain beransur. Boleh jadi kita beransur dan pihak lain menolak. Samada menolak ataupun beransur, kedua-duanya bertujuan untuk menyesuaikan diri dan keadaan (adapt).
Begitu juga halnya tentang hubungan antara ibu bapa dan anak-anak. Apabila dikatakan "Didiklah anakmu sesuai dengan zamannya kerana hidup di zamannya sama sekali berbeza dengan zaman di mana engkau dididik", saya faham ia bertujuan untuk mengajak ibu bapa supaya bertolak ansur dengan anak-anak. Beri si anak peluang untuk membesar dengan gaya didikan yang berbeza dari gaya didikan yang pernah diterima oleh si ibu atau si bapa di zaman kanak-kanaknya dahulu. Namun begitu, apabila melibatkan anak-anak yang sudah dewasa, pandangan saya berbeza. Anak yang sudah mukallaf lebih sepatutnya bertolak ansur dengan ibu bapa.
Zaman kita berbeza. Cara berfikir juga berbeza. Zaman ini zaman sibuk, zaman terkejar-kejar, zaman semuanya serba laju. Namun, bagaimana sibuk sekalipun kita bekerja, bagaimana sibuk sekalipun kita belajar, bagaimana sibuk sekalipun kita berpersatuan, apabila diminta oleh ibu bapa untuk melakukan itu dan ini, usahakanlah sedaya mampu untuk memenuhi hajat mereka. Kalau sibuk sehingga tidak sempat menjawab panggilan telefon, carilah dan curilah masa untuk membuat panggilan semula supaya hilang resah dalam hati ibu bapa. Kalau terlalu sibuk juga, telefonlah ibu bapa sekadar sebentar. Minta pada mereka agar mendoakan urusan kita dilancarkan. InsyaAllah, doa ibu bapa mustajab. Sabda Nabi s.a.w.:
Dalam sibuk kita bekerja, belajar, ataupun beraktiviti, kadang-kadang kita dilanda kebuntuan seakan-akan ada sahaja yang tidak kena. Maka ketika itu, hubungilah ibu bapa. Mengadu pada mereka dan mintalah supaya mereka mendoakan kita dipermudahkan dalam segala urusan. InsyaAllah, dimakbulkan Allah.
Kepada yang sudah tiada ibu bapa, rajin-rajinkanlah diri untuk berdoa supaya dosa-dosa mereka diampunkan dan supaya mereka ditempatkan bersama para Solehin. InsyaAllah, dimakbulkan Allah. Secara zahir, mungkin kita boleh menafikan kerinduan kita terhadap ibu bapa. Senyuman manis, ketawa besar, semua ini sekadar helah untuk menutup kerinduan. Tetapi jauh dalam hati, tidak.

Permainan tarik upih
sumber gambar: https://www.flickr.com/photos/budakli/3603387382/

sate kajang
sumber gambar: http://satekajang.com.my/galeri/?album=5&gallery=6

carbonara
sumber gambar: http://americastestkitchen.tumblr.com/post/16415753248/spaghetti-

carbonara-minus-210-calories-and-18
Cermin diri
"Life is all about adapting. Either you adapt with people, or people adapt with you"
Saya terjumpa kata-kata ini di status seorang kenalan di facebook. Saya setuju dengan beliau. Dalam hidup ini, banyak perkara memerlukan tolak ansur. Boleh jadi kita menolak dan pihak lain beransur. Boleh jadi kita beransur dan pihak lain menolak. Samada menolak ataupun beransur, kedua-duanya bertujuan untuk menyesuaikan diri dan keadaan (adapt).
Begitu juga halnya tentang hubungan antara ibu bapa dan anak-anak. Apabila dikatakan "Didiklah anakmu sesuai dengan zamannya kerana hidup di zamannya sama sekali berbeza dengan zaman di mana engkau dididik", saya faham ia bertujuan untuk mengajak ibu bapa supaya bertolak ansur dengan anak-anak. Beri si anak peluang untuk membesar dengan gaya didikan yang berbeza dari gaya didikan yang pernah diterima oleh si ibu atau si bapa di zaman kanak-kanaknya dahulu. Namun begitu, apabila melibatkan anak-anak yang sudah dewasa, pandangan saya berbeza. Anak yang sudah mukallaf lebih sepatutnya bertolak ansur dengan ibu bapa.
Zaman kita berbeza. Cara berfikir juga berbeza. Zaman ini zaman sibuk, zaman terkejar-kejar, zaman semuanya serba laju. Namun, bagaimana sibuk sekalipun kita bekerja, bagaimana sibuk sekalipun kita belajar, bagaimana sibuk sekalipun kita berpersatuan, apabila diminta oleh ibu bapa untuk melakukan itu dan ini, usahakanlah sedaya mampu untuk memenuhi hajat mereka. Kalau sibuk sehingga tidak sempat menjawab panggilan telefon, carilah dan curilah masa untuk membuat panggilan semula supaya hilang resah dalam hati ibu bapa. Kalau terlalu sibuk juga, telefonlah ibu bapa sekadar sebentar. Minta pada mereka agar mendoakan urusan kita dilancarkan. InsyaAllah, doa ibu bapa mustajab. Sabda Nabi s.a.w.:
ثَلاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٍ لا شَكَّ فِيهِنَّ : دَعْوَةُ الْوَالِدِ , وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ , وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ
rujukan: http://library.islamweb.net/hadith/
display_hbook.php?hflag=1&bk_no=1391&pid=887731
Dalam sibuk kita bekerja, belajar, ataupun beraktiviti, kadang-kadang kita dilanda kebuntuan seakan-akan ada sahaja yang tidak kena. Maka ketika itu, hubungilah ibu bapa. Mengadu pada mereka dan mintalah supaya mereka mendoakan kita dipermudahkan dalam segala urusan. InsyaAllah, dimakbulkan Allah.
Kepada yang sudah tiada ibu bapa, rajin-rajinkanlah diri untuk berdoa supaya dosa-dosa mereka diampunkan dan supaya mereka ditempatkan bersama para Solehin. InsyaAllah, dimakbulkan Allah. Secara zahir, mungkin kita boleh menafikan kerinduan kita terhadap ibu bapa. Senyuman manis, ketawa besar, semua ini sekadar helah untuk menutup kerinduan. Tetapi jauh dalam hati, tidak.
No comments:
Post a Comment