Galakan berenang
RasulUllah s.a.w. telah bersabda:
Yang maksudnya: "Setiap sesuatu yang bukan daripada zikir kepada Allah adalah kelalaian atau kealpaan, kecuali empat perkara; berjalan kaki antara dua tanda, melatih kuda, bersukaria dengan isteri, dan melatih berenang". (Riwayat Al-Tabarani dalam Al-Mu'jam al-Kabir, 2/193, no: 1785)
Rujukan:
1) http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=21898
2) http://www.e-fatwa.gov.my/blog/aktiviti-nabi-muhammad-saw-selepas-asar-dan-asal-usul-permainan-bola-sepak
Namun, masih ramai yang tidak pandai berenang. Kalau tidak percaya, tanyalah kawan-kawan kita. Dalam 10 orang, boleh jadi lebih separuh tidak tahu berenang. Mungkin kerana kebanyakan dari kita membesar di taman-taman perumahan, ataupun kalau di kampung, kampung yang jauh dari sungai ataupun laut. Atau mungkin dekat dengan sungai, tetapi sungainya telah tercermar.
Saya juga pada asalnya tidak pandai berenang. Tapi setelah terasa 'dikutuk' oleh beberapa budak Arab di Morocco suatu ketika dahulu, menyebabkan saya tergerak hati untuk belajar berenang. Bayangkanlah, saya pergi mengikut seorang kawan Arab balik ke kampung, lalu bermacam-macam aktiviti kami lakukakan di kampung antaranya mandi di lembah (wadi).
Di situ, saya lihat seorang demi seorang kanak-kanak Arab terjun dari batu tinggi ke dalam lembah tersebut. Gaya jangan ceritalah, ada yang buat flip, ada backflip, yang terjun macam nangka busuk pun ada. Saya pula, cuma bermain di tepi batu sambil berpaut pada kawan Arab tadi. Melihat saya hanya bermain di tepi batu, salah seorang kanak-kanak Arab tadi bertanya,
"3elach ma sbi7tich?" (kenapa kau tak berenang?)
Ya Allah, perasaan malu ketika itu hanya Allah yang tahu. Rasa macam kena doging (baca: nganjing) pula padahal saya tahu dia tidak bermaksud begitu.
Tekad belajar
Maka pada cuti semester yang lepas, saya telah melazimkan diri ke kolam renang di Pusat Akuatik UPM. Disiplin asas kejayaan. Saya kali ini bertekad untuk konsisten serta istiqamah belajar berenang. Bukan setakat pergi dua atau tiga kali sebulan. Saya berlatih paling kurang dua kali seminggu dalam tempoh sebulan. Alhamdulillah, kini saya mampu berenang. Tidaklah pandai sangat, tapi bolehlah~~~ Yang penting, salah satu galakan Nabi Muhammad s.a.w. telah saya sahut.
Maka di sini saya ingin kongsikan beberapa tips asas renang bersama para pembaca sekalian yang masih belum pandai berenang tetapi memiliki azam untuk belajar. Ada beberapa teknik yang perlu kita kuasai sebelum kita mampu berenang dengan baik.
1) Hilangkan 'cuak air'
Ini ramai yang tidak perasan. Kadang-kadang ada orang terus berusaha memahirkan gaya berenang. Kuak dadalah, gaya bebaslah, apalah... Tapi kalau tak mampu tangani rasa 'cuak air' ni, buatlah apa pun, mesti tidak boleh. Saya dulu pun begitu. Saya berlatih kuak dada, saya berlatih tendangan (kicking), dan macam-macam lagi. Tapi masih tidak boleh berenang.
Alhamdulillah, terima kasih kepada abang Luqman. Dialah orang pertama yang sedar bahawa saya ada 'cuak air'. Nak tahu anda ada 'cuak air' atau tidak, tengok cara anda sedut nafas ketika keluar dari air. Kalau tak tenang, cuaklah tu. 'Cuak air' ini biasanya perasaan takut lemas. Perasaan ini biasanya datang bila pertama kali air masuk ke telinga. Bagi mereka yang sudah pandai berenang, tiada masalah. Tapi bagi mereka yang baru nak belajar, tiba-tiba air masuk ke telinga, terus gelabah. Itu yang kadang-kadang jadi punca lemas; tidak tenang. Jadi, sebelum belajar berenang, pastikan anda boleh kekalkan ketenangan ketika berada di dalam air, walaupun air masuk ke telinga.
Kalau ada yang perasan, kadang-kadang kita jumpa video 'omputih' melepaskan anak mereka ke dalam kolam renang. Mereka bukan mendera, tetapi itu merupakan salah satu teknik untuk menghilangkan 'cuak air' dalam diri si anak tersebut.
2) Kawal pernafasan
Kalau dah boleh hilangkan 'cuak air', baru kita belajar bernafas. Kalau di darat, kita tak sedar bila kita tarik dan bila kita hembus nafas, semuanya seakan-akan terjadi secara automatik. Tapi di dalam air, tidak boleh begitu. Kita perlu kawal pernafasan, perlu tahu bila nak tarik, perlu tahu bila nak hembus.
Ketika berenang, kepala kita biasanya akan selalu berada di bawah air. Jadi, kita perlu bijak mengawal tempo berenang kerana ada ketika tertentu, kepala kita akan berada di atas air, dan ketika itulah kita tarik nafas. Kesilapan ramai orang yang belum pandai berenang ialah apabila kepala berada di atas air, ketika itulah dia hembuskan nafas dan ketika itulah dia nak tarik nafas. Tak sempat. Silap-silap air masuk dalam hidung.
Apabila berenang, sebolehnya kita hembuskan nafas beberapa saat sebelum kepala naik ke permukaan air. Jadi, ketika kepala berada di atas air, kerja kita cuma tarik nafas sahaja. Timing kena cantik. Tambahan, kita bebas untuk hembus samada menggunakan mulut ataupun hidung tetapi untuk sedut, sebaik-baiknya gunakan mulut. Bukan apa, air kalau masuk mulut lalu tertelan, tak jadi masalah tapi kalau air masuk melalui hidung, sakit kepala dibuatnya.
3) Gaya
Ini rasanya tidak perlu diceritakan di sini. Ikut sukalah anda nak buat gaya macam mana. Gaya bebas ke, kuak dada ke, kuak belakang ke, asalkan anda selesa, silakan berlatih dengan penuh istiqamah.
sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Human_swimming#mediaviewer/File:Girl_with_styrofoam_swimming_board.jpg
RasulUllah s.a.w. telah bersabda:
كل شيء ليس فيه ذكر الله فهو لهو ولعب إلا أربع: ملاعبة الرجل امرأته، وتأديب الرجل فرسه، ومشيه بين الغرضين، وتعليم الرجل السباحة
Yang maksudnya: "Setiap sesuatu yang bukan daripada zikir kepada Allah adalah kelalaian atau kealpaan, kecuali empat perkara; berjalan kaki antara dua tanda, melatih kuda, bersukaria dengan isteri, dan melatih berenang". (Riwayat Al-Tabarani dalam Al-Mu'jam al-Kabir, 2/193, no: 1785)
Rujukan:
1) http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=21898
2) http://www.e-fatwa.gov.my/blog/aktiviti-nabi-muhammad-saw-selepas-asar-dan-asal-usul-permainan-bola-sepak
Namun, masih ramai yang tidak pandai berenang. Kalau tidak percaya, tanyalah kawan-kawan kita. Dalam 10 orang, boleh jadi lebih separuh tidak tahu berenang. Mungkin kerana kebanyakan dari kita membesar di taman-taman perumahan, ataupun kalau di kampung, kampung yang jauh dari sungai ataupun laut. Atau mungkin dekat dengan sungai, tetapi sungainya telah tercermar.
Saya juga pada asalnya tidak pandai berenang. Tapi setelah terasa 'dikutuk' oleh beberapa budak Arab di Morocco suatu ketika dahulu, menyebabkan saya tergerak hati untuk belajar berenang. Bayangkanlah, saya pergi mengikut seorang kawan Arab balik ke kampung, lalu bermacam-macam aktiviti kami lakukakan di kampung antaranya mandi di lembah (wadi).
Video sebelum pandai berenang (lakonan semula)
"3elach ma sbi7tich?" (kenapa kau tak berenang?)
Ya Allah, perasaan malu ketika itu hanya Allah yang tahu. Rasa macam kena doging (baca: nganjing) pula padahal saya tahu dia tidak bermaksud begitu.
Tekad belajar
Maka pada cuti semester yang lepas, saya telah melazimkan diri ke kolam renang di Pusat Akuatik UPM. Disiplin asas kejayaan. Saya kali ini bertekad untuk konsisten serta istiqamah belajar berenang. Bukan setakat pergi dua atau tiga kali sebulan. Saya berlatih paling kurang dua kali seminggu dalam tempoh sebulan. Alhamdulillah, kini saya mampu berenang. Tidaklah pandai sangat, tapi bolehlah~~~ Yang penting, salah satu galakan Nabi Muhammad s.a.w. telah saya sahut.
Maka di sini saya ingin kongsikan beberapa tips asas renang bersama para pembaca sekalian yang masih belum pandai berenang tetapi memiliki azam untuk belajar. Ada beberapa teknik yang perlu kita kuasai sebelum kita mampu berenang dengan baik.
1) Hilangkan 'cuak air'
Ini ramai yang tidak perasan. Kadang-kadang ada orang terus berusaha memahirkan gaya berenang. Kuak dadalah, gaya bebaslah, apalah... Tapi kalau tak mampu tangani rasa 'cuak air' ni, buatlah apa pun, mesti tidak boleh. Saya dulu pun begitu. Saya berlatih kuak dada, saya berlatih tendangan (kicking), dan macam-macam lagi. Tapi masih tidak boleh berenang.
Alhamdulillah, terima kasih kepada abang Luqman. Dialah orang pertama yang sedar bahawa saya ada 'cuak air'. Nak tahu anda ada 'cuak air' atau tidak, tengok cara anda sedut nafas ketika keluar dari air. Kalau tak tenang, cuaklah tu. 'Cuak air' ini biasanya perasaan takut lemas. Perasaan ini biasanya datang bila pertama kali air masuk ke telinga. Bagi mereka yang sudah pandai berenang, tiada masalah. Tapi bagi mereka yang baru nak belajar, tiba-tiba air masuk ke telinga, terus gelabah. Itu yang kadang-kadang jadi punca lemas; tidak tenang. Jadi, sebelum belajar berenang, pastikan anda boleh kekalkan ketenangan ketika berada di dalam air, walaupun air masuk ke telinga.
Kalau ada yang perasan, kadang-kadang kita jumpa video 'omputih' melepaskan anak mereka ke dalam kolam renang. Mereka bukan mendera, tetapi itu merupakan salah satu teknik untuk menghilangkan 'cuak air' dalam diri si anak tersebut.
2) Kawal pernafasan
Kalau dah boleh hilangkan 'cuak air', baru kita belajar bernafas. Kalau di darat, kita tak sedar bila kita tarik dan bila kita hembus nafas, semuanya seakan-akan terjadi secara automatik. Tapi di dalam air, tidak boleh begitu. Kita perlu kawal pernafasan, perlu tahu bila nak tarik, perlu tahu bila nak hembus.
Ketika berenang, kepala kita biasanya akan selalu berada di bawah air. Jadi, kita perlu bijak mengawal tempo berenang kerana ada ketika tertentu, kepala kita akan berada di atas air, dan ketika itulah kita tarik nafas. Kesilapan ramai orang yang belum pandai berenang ialah apabila kepala berada di atas air, ketika itulah dia hembuskan nafas dan ketika itulah dia nak tarik nafas. Tak sempat. Silap-silap air masuk dalam hidung.
Apabila berenang, sebolehnya kita hembuskan nafas beberapa saat sebelum kepala naik ke permukaan air. Jadi, ketika kepala berada di atas air, kerja kita cuma tarik nafas sahaja. Timing kena cantik. Tambahan, kita bebas untuk hembus samada menggunakan mulut ataupun hidung tetapi untuk sedut, sebaik-baiknya gunakan mulut. Bukan apa, air kalau masuk mulut lalu tertelan, tak jadi masalah tapi kalau air masuk melalui hidung, sakit kepala dibuatnya.
3) Gaya
Ini rasanya tidak perlu diceritakan di sini. Ikut sukalah anda nak buat gaya macam mana. Gaya bebas ke, kuak dada ke, kuak belakang ke, asalkan anda selesa, silakan berlatih dengan penuh istiqamah.
Video selepas boleh berenang
Alhamdulillah...Semoaga satu hari nanti saya juga pendai berenang..
ReplyDelete