31/8/2013
Alhamdulillah, berjaya juga aku jejakkan kaki ke tanah tumpah darah, Malaysia. Sungguh, terkandas selama 24 jam di sebuah negara yang keadaan politiknya masih bergolak sememangnya menakutkan. Tidak ramai yang tahu tentang berita aku terkandas di `Ardhil Kinanah itu. Cukup sekadar keluarga dan teman-teman rapat sahaja yang tahu, agar tiada resah ketika menunggu. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa cuma 18 jam, menjadi 42 jam. Sungguh terasa lamanya. Apa-apa pun, segala puji bagi Allah yang menyelamatkanku dalam perjalanan dari sebarang bala dan malapetaka. Alhamdulillah.
Cuma, aku rasa lain. Malaysia yang aku tinggalkan tiga tahun lepas terasa kian berbeza. Adakah benar Malaysia yang berubah? Atau aku yang berbeza? Sudah menjadi Tenggangkah aku? Bukan aku maksudkan si tanggang yang derhaka terhadap ibunya lalu disumpah menjadi batu. Tetapi Tenggang yang aku maksudkan ini watak Si Tenggang dalam puisi karangan Muhammad Haji Salleh berjudul 'Si Tenggang's Homecoming'.
Mencari diri
Aku yang sebenarnya telah berubah. Tiga tahun di luar negara banyak mengubah aku samada dari segi cara berfikir mahupun bergaul. Tapi tak semua perubahan itu baik di mata warga Malaysia. Setiap tempat ada adat dan adabnya yang tersendiri. Contohnya adab makan. Kalau di Malaysia, sisa makanan seperti tulang ikan kita letakkan di tepi pinggan (jika tiada pinggan khas untuk letak sisa). Tetapi di Morocco, itu dikira tidak beradab. Mereka lebih selesa meletakkan sisa makanan di atas meja. Bayangkan kalau kita di Malaysia makan bersama keluarga di satu meja bulat, lalu sisa-sisa makanan kita letakkan di atas meja makan. Jijiknya...
Aku sedar perbezaan-perbezaan budaya dua negara harus segera aku kenalpasti supaya aku tidak dipandang aneh dalam masyarakat tempat asalku sendiri. Lalu dalam bulan pertama aku di sini, aku tetapkan dua perkara yang harus aku laksanakan
Hangout
Jumpa kawan, lepak, minum, borak. Aku cari semula kawan-kawan sekolah lama. Berborak, bersembang dua tiga jam. Bukan borak serius. Kami borakkan kisah-kisah lama. Cukup sekadar muhasabah diri, mengkaji apa yang telah berbeza antara aku hari ini dan aku tiga tahun lepas. Tapi bersembang ini cukup sekadar beberapa kali dalam sebulan. Kalau sampai setiap malam nak bersembang, itu buang masa namanya.
Makanan tempatan
Malaysia kaya dengan makanan tempatan. Aku cari semula makanan-makanan yang pernah aku makan tiga tahun lepas. Carilah semula makanan yang pernah kita makan beberapa tahun dahulu yang pastinya sepanjang keberadaan kita di luar negara, sukar bagi kita untuk mendapatkannya. Pasti, dalam setiap makanan ini ada memori yang tersendiri yang mungkin telah kita lupakan. Kalau di Sabah ada ambuyat dan amplang, balik nanti makanlah. Kalau di Sarawak ada tebaloi dan umai, makanlah. Kalau di Kedah dan Pulau Pinang ada dangai dan peknga, balik nanti cari dan makanlah. Begitu juga halnya dengan rendang tok di Perak dan patin buah masak tempoyak di Pahang. Semua makanan ini pasti mengandungi memori yang mampu membawa kita kembali dalam perjalanan mencari diri yang hilang setelah bertahun-tahun lamanya tinggal di tempat orang.
Muhasabah
Dalam kita asyik mengejar kemajuan diri, berlumba-lumba menjadi yang terbaik dalam hidup, sesekali tolehlah ke belakang sebentar. Bukan memundurkan diri, cukup sekadar bermuhasabah. Agar kita tidak menjadi asing di bumi tanah tumpah darah sendiri.

iii
but look
but look
i have brought myself home,
seasoned by faith,
broadened by land and languages,
i am no longer afraid of the oceans
of the differences between people,
no longer easily snared
by words or ideas
the journey was a loyal teacher,
who was never tardy
in explaining cultures and variousness
look,
i am just like you,
still malay,
sensitive to what
i believe is good,
and more ready to understand
than my brothers.
the contents of these boats are yours too,
because i have returned.
Mencari diri
Aku yang sebenarnya telah berubah. Tiga tahun di luar negara banyak mengubah aku samada dari segi cara berfikir mahupun bergaul. Tapi tak semua perubahan itu baik di mata warga Malaysia. Setiap tempat ada adat dan adabnya yang tersendiri. Contohnya adab makan. Kalau di Malaysia, sisa makanan seperti tulang ikan kita letakkan di tepi pinggan (jika tiada pinggan khas untuk letak sisa). Tetapi di Morocco, itu dikira tidak beradab. Mereka lebih selesa meletakkan sisa makanan di atas meja. Bayangkan kalau kita di Malaysia makan bersama keluarga di satu meja bulat, lalu sisa-sisa makanan kita letakkan di atas meja makan. Jijiknya...
Aku sedar perbezaan-perbezaan budaya dua negara harus segera aku kenalpasti supaya aku tidak dipandang aneh dalam masyarakat tempat asalku sendiri. Lalu dalam bulan pertama aku di sini, aku tetapkan dua perkara yang harus aku laksanakan
Hangout
Jumpa kawan, lepak, minum, borak. Aku cari semula kawan-kawan sekolah lama. Berborak, bersembang dua tiga jam. Bukan borak serius. Kami borakkan kisah-kisah lama. Cukup sekadar muhasabah diri, mengkaji apa yang telah berbeza antara aku hari ini dan aku tiga tahun lepas. Tapi bersembang ini cukup sekadar beberapa kali dalam sebulan. Kalau sampai setiap malam nak bersembang, itu buang masa namanya.
Makanan tempatan
Malaysia kaya dengan makanan tempatan. Aku cari semula makanan-makanan yang pernah aku makan tiga tahun lepas. Carilah semula makanan yang pernah kita makan beberapa tahun dahulu yang pastinya sepanjang keberadaan kita di luar negara, sukar bagi kita untuk mendapatkannya. Pasti, dalam setiap makanan ini ada memori yang tersendiri yang mungkin telah kita lupakan. Kalau di Sabah ada ambuyat dan amplang, balik nanti makanlah. Kalau di Sarawak ada tebaloi dan umai, makanlah. Kalau di Kedah dan Pulau Pinang ada dangai dan peknga, balik nanti cari dan makanlah. Begitu juga halnya dengan rendang tok di Perak dan patin buah masak tempoyak di Pahang. Semua makanan ini pasti mengandungi memori yang mampu membawa kita kembali dalam perjalanan mencari diri yang hilang setelah bertahun-tahun lamanya tinggal di tempat orang.
Muhasabah
Dalam kita asyik mengejar kemajuan diri, berlumba-lumba menjadi yang terbaik dalam hidup, sesekali tolehlah ke belakang sebentar. Bukan memundurkan diri, cukup sekadar bermuhasabah. Agar kita tidak menjadi asing di bumi tanah tumpah darah sendiri.
No comments:
Post a Comment