Terkejut
"Saya tak respect ustaz-ustaz ni......."
Kata seorang pakcik di surau ketika berbual dengan seorang penceramah jemputan. Penceramah tersebut berlatarbelakangkan pendidikan sains, bukan bidang agama. Saya yang terdengar ayat sebegitu terpacul keluar dari mulutnya jadi terkejut. Beliau menyambung terus:
"Saya tak respect ustaz-ustaz ni, sebab ilmu agama itu memang bidang mereka. Kalau mereka terlibat dalam urusan agama, memang itu yang sepatutnya kerana mereka belajar bidang tersebut. Tetapi orang macam tuan ini saya respect. Belajar bidang lain, tetapi melibatkan diri pula dalam urusan dakwah."
Mulanya saya agak tersentak mendengar ayat seperti itu. Bukan kerana berbangga dengan gelaran 'ustaz' yang pernah diberi oleh anak-anak murid, tetapi saya merasakan ada unsur takabbur dalam ungkapan seperti itu.
Pakcik itu ahli surau. Namanya terpampang jelas pada papan organisasi surau. Pastinya beliau sudah temui ramai ustaz yang dijemput ke surau untuk memberi ceramah, atau yang dijemput untuk berkongsi ilmu, ataupun ustaz yang dijemput memberi pengisian dalam aktiviti-aktiviti surau tersebut. Apabila disebut "saya tak respect ustaz-ustaz..." saya tertanya-tanya, apa perlukah diungkapkan ungkapan angkuh sebegitu?
Seakan-akan ada juga unsur riak di situ kerana ketika pakcik itu menyebut begitu, ada beberapa orang ustaz duduk berhampiran dengannya. Memang sengaja ungkapan tersebut dibuat di hadapan ustaz-ustaz atau tidak sengaja? Apakah pakcik itu sengaja ingin menyatakan bahawa golongan pelajar bidang 'bukan agama' ini, apabila terjun dalam bidang dakwah akan menjadi lebih terhormat dari pelajar 'bidang agama'? Harap-harap niatnya bukan begitu.
Terbakar hangus
Pakcik tersebut saya hormati. Orangnya baik, berbudi bahasa, bijak mengurus atur dan petah berkata-kata. Baik luaran dan baik juga dalamannya. Tetapi apabila saya terdengar beliau sebut "saya tak respect ustaz-ustaz ni...", hilang hormat saya kepadanya. Terus pelbagai sangkaan buruk tentangnya muncul di fikiran saya. Saya andaikan perwatakan-perwatakan baiknya di hadapan para ustaz selama ini hipokrit semata-mata. Saya andaikan pakcik ini menyibukkan diri dalam urusan surau hanya untuk nama. Saya andaikan pakcik ini menyibukkan diri dalam urusan masyarakat bertujuan kepentingan peribadi. Mudahnya, saya di waktu itu menafikan semua kebaikan yang telah beliau lakukan dengan mengaggap semuanya itu tidak bernilai.
Saya bukan sengaja mengandaikan sangkaan-sangkaan ini, tetapi semuanya datang secara tiba-tiba. Seakan-akan suatu tindakan reaktif selepas terdengar ayat tadi. Cepat-cepat saya beristighfar memohon ampun pada Allah kerana saya tahu, itu semua tidak lain tidak bukan hanyalah godaan dan bisikan syaitan.
"Riya' mampu membakar amalan seperti api membakar daun-daun kering"
Saya tidak ingat di mana saya jumpa kata-kata ini, tetapi yang pasti, ketika terdengar apa yang diungkapkan oleh pakcik tadi, begitulah perasaan saya. Terus terbakar hangus semua jasa dan kebaikan pakcik tadi di fikiran saya, seakan-akan pakcik itu tidak pernah langsung melakukan kebaikan. Akibat dari itu, saya mula menginsafi diri bahawa riya' itu bukan calang-calang dosa. Tidak hairanlah Rasulullah s.a.w. menggelarnya sebagai syirik kecil.
Meraikan dengan bahasa
Saya cuba melenyapkan sangkaan-sangkaan negatif daripada fikiran kerana saya tahu pakcik tadi tidak bermaksud menghina golongan ustaz walaupun ucapannya kedengaran sebegitu. Berkali-kali juga saya berfikir bagaimana harus saya justifikasi ucapan tersebut supaya saya tidak tergolong dalam kalangan orang yang cepat bersangka buruk.
Fikir punya fikir, akhirnya saya simpulkan bahawa ucapan pakcik tadi bertujuan meraikan tetamu yang datang memberi ceramah. Penceramah tersebut mempunyai latarbelakang dalam bidang sains. Ya, boleh jadi pakcik tadi memang memaksudkan yang dia lebih hormat penceramah luar bidang ini berbanding golongan ustaz sendiri tetapi itu tidak bermaksud yang dia hilang hormat pada golongan ustaz. Cuma, susunan ayatnya yang begitu 'lepas' menimbulkan rasa tidak selesa apabila didengar lebih-lebih lagi ayat itu disebut di hadapan para ustaz.
Mungkin ayat yang lebih sesuai boleh diucapkan sebagai: "Saya respect tuan lebih dari para ustaz kerana......."
Tetapi sayang kerana ayat skema seperti ini kurang 'umpphhh' jika dibandingkan dengan ayat yang pakcik tadi sebutkan.
Sebagai pelajar bahasa, saya tahu pakcik tadi sedang cuba menaikkan semangat penceramah dengan memuji-mujinya dengan beberapa ucapan manis. Perkara ini memang biasa berlaku dalam urusan yang melibatkan komunikasi antara dua orang. Tetapi sayangnya dalam kes di atas, situasi itu lebih kepada situasi interpersonal yang berkali ganda susah berbanding komunikasi. Walaupun pakcik tersebut sekadar berkomunikasi dua hala dengan penceramah, tetapi apabila dia menggunakan ustaz sebagai 'modal' dalam perbualan yang mana di tempat tersebut terdapat beberapa orang ustaz, sepatutnya bahasanya perlu lebih diperhalusi supaya semangat penceramah dapat dinaikkan dan dalam masa yang sama perasaan para ustaz dapat dijaga. Umpama tarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.
Saya percaya, pujiannya terhadap penceramah tersebut ikhlas, tetapi saya tidak percaya hormatnya terhadap para ustaz hilang sama sekali. Entah bagaimana harus saya justifikasikan pandangan saya ini, tetapi saya yakin pakcik itu bukan jenis talam dua muka. Mungkin susunan bahasanya ketika itu terlebih melampau daripada biasa. Apa tidaknya, menggunakan ayat komunikasi dalam situasi interpersonal, memanglah tidak sesuai.
"Saya tak respect ustaz-ustaz ni......."
Kata seorang pakcik di surau ketika berbual dengan seorang penceramah jemputan. Penceramah tersebut berlatarbelakangkan pendidikan sains, bukan bidang agama. Saya yang terdengar ayat sebegitu terpacul keluar dari mulutnya jadi terkejut. Beliau menyambung terus:
"Saya tak respect ustaz-ustaz ni, sebab ilmu agama itu memang bidang mereka. Kalau mereka terlibat dalam urusan agama, memang itu yang sepatutnya kerana mereka belajar bidang tersebut. Tetapi orang macam tuan ini saya respect. Belajar bidang lain, tetapi melibatkan diri pula dalam urusan dakwah."
Mulanya saya agak tersentak mendengar ayat seperti itu. Bukan kerana berbangga dengan gelaran 'ustaz' yang pernah diberi oleh anak-anak murid, tetapi saya merasakan ada unsur takabbur dalam ungkapan seperti itu.
Pakcik itu ahli surau. Namanya terpampang jelas pada papan organisasi surau. Pastinya beliau sudah temui ramai ustaz yang dijemput ke surau untuk memberi ceramah, atau yang dijemput untuk berkongsi ilmu, ataupun ustaz yang dijemput memberi pengisian dalam aktiviti-aktiviti surau tersebut. Apabila disebut "saya tak respect ustaz-ustaz..." saya tertanya-tanya, apa perlukah diungkapkan ungkapan angkuh sebegitu?
Terbakar hangus
Pakcik tersebut saya hormati. Orangnya baik, berbudi bahasa, bijak mengurus atur dan petah berkata-kata. Baik luaran dan baik juga dalamannya. Tetapi apabila saya terdengar beliau sebut "saya tak respect ustaz-ustaz ni...", hilang hormat saya kepadanya. Terus pelbagai sangkaan buruk tentangnya muncul di fikiran saya. Saya andaikan perwatakan-perwatakan baiknya di hadapan para ustaz selama ini hipokrit semata-mata. Saya andaikan pakcik ini menyibukkan diri dalam urusan surau hanya untuk nama. Saya andaikan pakcik ini menyibukkan diri dalam urusan masyarakat bertujuan kepentingan peribadi. Mudahnya, saya di waktu itu menafikan semua kebaikan yang telah beliau lakukan dengan mengaggap semuanya itu tidak bernilai.
Saya bukan sengaja mengandaikan sangkaan-sangkaan ini, tetapi semuanya datang secara tiba-tiba. Seakan-akan suatu tindakan reaktif selepas terdengar ayat tadi. Cepat-cepat saya beristighfar memohon ampun pada Allah kerana saya tahu, itu semua tidak lain tidak bukan hanyalah godaan dan bisikan syaitan.
"Riya' mampu membakar amalan seperti api membakar daun-daun kering"
Saya tidak ingat di mana saya jumpa kata-kata ini, tetapi yang pasti, ketika terdengar apa yang diungkapkan oleh pakcik tadi, begitulah perasaan saya. Terus terbakar hangus semua jasa dan kebaikan pakcik tadi di fikiran saya, seakan-akan pakcik itu tidak pernah langsung melakukan kebaikan. Akibat dari itu, saya mula menginsafi diri bahawa riya' itu bukan calang-calang dosa. Tidak hairanlah Rasulullah s.a.w. menggelarnya sebagai syirik kecil.
Komunikasi atau interpersonal?
Meraikan dengan bahasa
Saya cuba melenyapkan sangkaan-sangkaan negatif daripada fikiran kerana saya tahu pakcik tadi tidak bermaksud menghina golongan ustaz walaupun ucapannya kedengaran sebegitu. Berkali-kali juga saya berfikir bagaimana harus saya justifikasi ucapan tersebut supaya saya tidak tergolong dalam kalangan orang yang cepat bersangka buruk.
Fikir punya fikir, akhirnya saya simpulkan bahawa ucapan pakcik tadi bertujuan meraikan tetamu yang datang memberi ceramah. Penceramah tersebut mempunyai latarbelakang dalam bidang sains. Ya, boleh jadi pakcik tadi memang memaksudkan yang dia lebih hormat penceramah luar bidang ini berbanding golongan ustaz sendiri tetapi itu tidak bermaksud yang dia hilang hormat pada golongan ustaz. Cuma, susunan ayatnya yang begitu 'lepas' menimbulkan rasa tidak selesa apabila didengar lebih-lebih lagi ayat itu disebut di hadapan para ustaz.
Mungkin ayat yang lebih sesuai boleh diucapkan sebagai: "Saya respect tuan lebih dari para ustaz kerana......."
Tetapi sayang kerana ayat skema seperti ini kurang 'umpphhh' jika dibandingkan dengan ayat yang pakcik tadi sebutkan.
Sebagai pelajar bahasa, saya tahu pakcik tadi sedang cuba menaikkan semangat penceramah dengan memuji-mujinya dengan beberapa ucapan manis. Perkara ini memang biasa berlaku dalam urusan yang melibatkan komunikasi antara dua orang. Tetapi sayangnya dalam kes di atas, situasi itu lebih kepada situasi interpersonal yang berkali ganda susah berbanding komunikasi. Walaupun pakcik tersebut sekadar berkomunikasi dua hala dengan penceramah, tetapi apabila dia menggunakan ustaz sebagai 'modal' dalam perbualan yang mana di tempat tersebut terdapat beberapa orang ustaz, sepatutnya bahasanya perlu lebih diperhalusi supaya semangat penceramah dapat dinaikkan dan dalam masa yang sama perasaan para ustaz dapat dijaga. Umpama tarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.
Saya percaya, pujiannya terhadap penceramah tersebut ikhlas, tetapi saya tidak percaya hormatnya terhadap para ustaz hilang sama sekali. Entah bagaimana harus saya justifikasikan pandangan saya ini, tetapi saya yakin pakcik itu bukan jenis talam dua muka. Mungkin susunan bahasanya ketika itu terlebih melampau daripada biasa. Apa tidaknya, menggunakan ayat komunikasi dalam situasi interpersonal, memanglah tidak sesuai.
No comments:
Post a Comment