Viral.
Baru-baru ini (4 April 2016), kecoh dalam facebook tentang teguran Dr Harlina terhadap seorang peniaga yang membahasakan diri DrHar sebagai 'awak'. Macam-macam komen dimuatnaik, ada yang setuju, ada yang tidak setuju, ada yang mengeluarkan komen sarkastik dan pelbagai reaksi terhasil akibat teguran ringkas DrHar.
Saya bukanlah orang yang terlalu mengenali DrHar, apatah lagi untuk mengikuti aktivitinya sehari-hari. Tetapi setakat yang saya tahu, beliau merupakan seorang yang dihormati lagi berakhlak mulia. Tegurannya itu pula, setelah saya amati, tiada unsur riak mahupun takabbur tentang jawatan diri ataupun gelaran 'doktor' yang disandang. Baca screencap di bawah:
Pertama, DrHar sudah menggelapkan bahagian nama dan nama syarikat (Ye kot. Dah hitam, tak tahulah apa yang tertulis bawah tu. Nama syarikat agaknya). Jadi, tiada isu mengaibkan di sini.
Kedua, DrHar sudah jelaskan bahagian mana yang dikatakan tidak sopan iaitu "sebab saya ni seorang yg dah berumur 50thn". Isu di sini adalah pada perbezaan umur, bukan pada pangkat atau jawatan.
Ketiga, DrHar seterusnya mencadangkan dua panggilan nama, satu yang biasa, satu yang beliau biasa. Yang biasa itu 'Puan', yang beliau biasa itu 'Dr.'. Maka sekali lagi tiada isu riak atau bangga dengan jawatan. Panggillah dengan salah satu panggilan antara dua ini, tetapi bukan panggilan 'awak'.
Dari apa yang saya faham, apa yang ingin diketengahkan di sini ialah isu adab. Isu antara yang muda dengan yang tua. Bukan tentang panggilan Dr. Siapa yang kenal DrHar, rasanya sedia maklum bahawa beliau sendiri mesra dengan panggilan sebegitu, bukan sebab riak.
Doa
Ada pula yang membangkitkan isu doa. Kononnya apabila berdoa, kita gunakan aku-Kau dengan Allah. Ayatnya begini:
"Sedangkan kita berdoa pd Allah pun guna Kau dan aku ..tanda kita dekat pd Dia inikan pula kita hnaya manusia sesama manusia .. isu kecil jgn dibesarkan .. mmg hanya Allah yg menilaikan semua tu tp tunjukkan keperibadian yg baik pd yg kami biasa2 nih takde pangkat doktor nih .. jgn dibesarkan isu remeh cmni .. bila dh dikecam baru nk minta maaf bagai .. tp ayat still ade sikap sombong .. benar .. x kenal maka x cinta .. tp kenallah Allah dulu yg melayan HambaNya tanpa perlu pun nk kenal setiap hambaNya... tp kitalaaaa yg patut rapatkan diri dgn Dia .. if u know what im mean"
Untuk pengetahuan kalian, isu ini berkait dengan sejarah kedatangan Islam ke Tanah Melayu atau lagi tepat ketika berlakunya penyebaran Islam. Islam tersebar di Tanah Melayu ini sebelum Za'ba lahir lagi. Sebelum sistem tatabahasa Melayu disusun sekemas hari ini. Ketika itu, banyak penulisan tentang Islam, doa-doa pilihan, zikir-zikir ditulis oleh rumpun Melayu, tetapi bukan menggunakan sistem tatabahasa Melayu moden hari ini. Antara yang paling popular datang dari negara jiran kita, Indonesia. Antara yang paling popular juga, rumpun Jawa.
Jadi tidak aneh sebenarnya apabila tok nenek kita, belajar Islam, dan dalam doa-doa mereka mereka membahasakan diri aku-Kau dengan Allah. Bahkan dalam kalangan Jawa, setakat yang saya tahu, aku-kau itu ada juga digunakan antara mak dan ayah dengan anak-anak. Bagi mereka, aku-kau itu tidak membawa unsur kasar dan memang mereka gunakannya sehari-hari. Oh ya, ada seorang kawan saya berborak dengan ayahnya menggunakan aku-kau. Kau hado?
Berbeza dengan kita yang lahir di Malaysia lalu bersekolah di sekolah kebangsaan, belajar sistem Bahasa Melayu antaranya warisan Za'ba, yang disulam penuh dengan adab dan budaya. Kau untuk siapa, kamu untuk siapa, awak untuk siapa, anda untuk siapa, tuan, puan, cik, encik dan sebagainya untuk siapa semuanya telah kita pelajari. Amalkanlah yang sebaiknya.
Kita kaum yang beradab dan berbudaya. Kalau benar kalian rasakan 'aku-kau' dengan Allah itu bernada kasar, lebih baik kalian tukarkan panggilan itu menjadi 'patik-tuhanku' atau 'hamba-Allah', bukankah lebih baik begitu? Kenapa apabila dikatakan 'aku-kau' itu kasar, dikaitkan pula dengan penggunaannya dalam doa, lalu ada yang berpendapat ia sepatutnya lebih layak bagi manusia biasa tanpa mengira perbezaan umur dan selainnya? Aneh.

No comments:
Post a Comment