Seronok rasanya melihat sekumpulan anak-anak kecil bermain-main di Petrosains. Melihat itu dan ini. Sambil tangan masing-masing dipimpin oleh guru di sisi. Ceria.
Itu yang saya rasa setiap kali ternampak lawatan sekolah di mana-mana sahaja. Tidak kiralah samada di zoo, di pusat sains, di pusat pelancongan, ataupun di mana sahaja, apabila terjumpa kanak-kanak membuat lawatan sekolah, saya pasti tersenyum sendirian.
Baru-baru ini, Alhamdulillah, saya telah mendapat peluang untuk menjadi pengiring sukarela bagi lawatan taski ke Pusat Sains Negara. Memang saya teruja. Tambahan pula, kanak-kanak yang saya iring itu semuanya kanak-kanak taski berumur lingkungan empat hingga enam tahun. Semuanya comel-comel belaka.
Memang seronok mengiring kanak-kanak. Mereka selalu tertawa, tersenyum, dan ada sahaja kelakuan-kelakuan yang di luar jangkaan kita yang cuba mereka tonjolkan. Saya diberi kesempatan menjaga tujuh orang anak yang setiap satu daripada mereka itu berbeza-beza perwatakannya.
Hana Dhiya
Comel orangnya. Petah berkata-kata. Dari mula saya di taski, sampai ke dalam bas, tidak berhenti dia bercakap.
"Kenapa cikgu pakai baju hijau?".
"Cikgu ikut kami ke?".
"Cikgu, itu keretapi kan? Saya pernah tengok keretapi warna biru.".
Macam-macam soalan ditanyanya. Sampai naik penat saya nak menjawab. Nasib baiklah dia seorang saja yang banyak bercakap. Kalau tujuh-tujuh macam ni, memang kena TMD(Temporomandibular Joint Disorders) lah saya lepas habis lawatan.
Amirah Safiyyah
Cantik, matang dan suka bergurau. Yang seronoknya, dia tak banyak kerenah, mengikut sahaja segala arahan yang diberi. Dalam sesetengah keadaan, dia kelihatan seperti kakak kepada Dhiya tadi sedangkan kedua-duanya sama umur.
Qalish
Empat tahun dan masih manja. Tak banyak bercakap, tapi rajin melayan orang bercakap. Cara dia melayan sesuailah dengan umurnya empat tahun. Ditanya 10 patah, dijawab hmmm... Ditanya lagi, dijawab haaa... Bila dia mahukan sesuatu, barulah keluar bahasanya yang saya pun tak faham.
"Nak icu, nak ucu"
Tiba-tiba Qalish bersuara setibanya bas di hadapan taski. Ingatkan nak tisu, sebab saya baru simpakan tisu ke dalam beg. Rupa-rupanya nak susu.
Farhan
Farhan matang. Sudah enam tahun umurnya. Antara semua anak-anak yang saya jaga, dialah yang paling berdikari. Makan sendiri, minum sendiri, pakai tali pinggang keledar sendiri. Melihat kepada kematangannya, saya sengaja menyuruhnya menjaga Qalish sepanjang lawatan. Alhamdulillah, terbukti dia seorang abang yang mampu memimpin. Hebat.
Syahmi
Syahmi pun enam tahun, sama seperti Farhan. Tapi kehebatannya tidak terserlah dari segi kepimpinan. Dia nampak lebih berminat untuk meneroka segala apa yang dilihat. Maklumlah, di Pusat Sains Negara ini semua pamerannya merupakan aplikasi sains. Nampak macam 'magic' pun ada. Ini yang membuatkan si Syahmi yang tinggi semangat ingin tahunya ini cuba memahami setiap aplikasi yang dilihat. Seronok tengok dia fokus pada pameran. Yang tidak seronoknya, dia ni ralit sangat sampai tiba-tiba boleh hilang dari pandangan. Orang dah pergi zon B, dia masih di zon A. Orang masih di zon D, dia sudah terlajak ke zon E.
Rayyan
Yang ini lebihnya pada perhatian. Rayyan tahu bila nak ambil perhatian, bila nak beri perhatian. Apabila saya bercakap tentang sesuatu, dia akan beri perhatian pada saya dan cuba memahami apa yang saya katakan. Dia juga tak banyak ragam sepanjang lawatan. Ketika saya sibuk, dia diam sahaja tanpa meminta itu dan ini. Apabila dilihat saya sedang berehat, barulah dia tanya itu dan ini. Pandai dia pilih masa.
Adam Munawwar
Adam inilah yang paling manja sepanjang lawatan. Kalau dalam gambar, Adam ni yang banyak buat muka monyok konon-konon mengantuk. Tapi bila dia ternampak pelbagai jenis mainan di tempat pameran, mulalah bersemangat berlari ke sana ke mari. Tak sempat saya nak kejar. Sebelum memulakan lawatan, cikgu taski beritahu saya yang Adam ni pendiam orangnya dan memang pada mulanya dia kelihatan begitu. Tapi bila dah sampai tempat lawatan, terus berubah 180'.
Pengalaman seharian bersama mereka sememangnya membuatkan saya banyak terfikir, betapa susahnya ibu bapa kita menjaga kita sewaktu kecil dahulu. Lebih-lebih lagi yang jarak umur antara adik beradik dekat-dekat. Yang abang perangainya begini, yang kakak pula begitu. Kalau dilebihkan kakak, abang cemburu, kalau dilebihkan abang, kakak pula iri hati. Macam-macam. Ketika kita menjadi anak, mungkin kita tak perasan cinta dan kasih sayang yang diberikan ibu bapa kita tapi, lepas kahwin dan beranak-pinak nanti, pasti kita akan tersedar betapa cinta ibu bapa terhadap anak-anak bukan kepalang.
Saya yang menjadi pengiring selama sehari ini pun boleh jatuh cinta terhadap anak-anak ini, inikan pula ibu bapa yang mengandung dan membesarkan darah daging mereka sendiri. Pastinya cinta mereka lebih hebat. Sangat wajarlah perintah Allah s.w.t. yang mewajibkan anak-anak menghormati kedua-dua ibu bapanya sebagaimana firman-Nya:
Hormati ibu bapa
Ini baru tujuh orang. Tujuh ini pun berbeza-beza antara satu sama lain. Bayangkan pula ibu bapa yang beranak 9, 10, 11, dan lebih. Bayangkan pula cikgu-cikgu taski yang mengajar 20 orang murid satu kelas. Lagi bermacam-macam ragamlah jawabnya.
Kalau kita rasa tanggungjawab menghormati ibu bapa itu terlampau sukar, cuba letakkan diri kita di tempat ibu bapa dan hayatilah betapa sukarnya tanggungjawab menjadi ibu bapa pula. Sungguh, mereka layak dihormati.

Dari kiri: Dhiya, Amirah, Farhan, Rayyan, Adli, Adam

Dari kiri: Adam, Adli, Qalish, Syahmi, Farhan, Rayyan.

Farhan dan Syahmi belajar buat rama-rama

وَوَصَّيْنَا الإِنسَنَ بِوَلِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَـلُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَلِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ
Dan Kami Perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan tempoh menceraikan susunya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu.
Ini baru tujuh orang. Tujuh ini pun berbeza-beza antara satu sama lain. Bayangkan pula ibu bapa yang beranak 9, 10, 11, dan lebih. Bayangkan pula cikgu-cikgu taski yang mengajar 20 orang murid satu kelas. Lagi bermacam-macam ragamlah jawabnya.
Kalau kita rasa tanggungjawab menghormati ibu bapa itu terlampau sukar, cuba letakkan diri kita di tempat ibu bapa dan hayatilah betapa sukarnya tanggungjawab menjadi ibu bapa pula. Sungguh, mereka layak dihormati.
No comments:
Post a Comment