DALAM KELAS
Saya: Please everyone, be at your own seats.
Murid: (duduk di tempat masing-masing, kecuali beberapa orang.)
Saya: Let's start our class with doa.
Murid: Bismillah...
Lalu para murid membaca doa untuk memulakan pelajaran. Doa yang biasa kita baca masa kecil-kecil dahulu.
Lalu ditambah doa nabi Musa yang boleh kita dapati dalam surah Taha, ayat 25-28
Sumber terjemahan: http://www.surah.my/20
Kemudian ditambah sedikit lagi:
Beginilah rutin harian saya. Paling tidakpun buat masa ini. Begini jugalah rutin harian kebanyakan guru di Malaysia. Melayan kerenah anak-anak setiap hari. Mengajar mereka sesuatu, belajar daripada mereka sesuatu yang baru. Cuma beza antara saya dengan sekolah kebangsaan yang lain, bahasa perantaraan di sini ialah Bahasa Inggeris.
Saya mengajar seperti biasa. Menulis di hadapan, menerangkan kepada pelajar, lalu memantau mereka menyiapkan latihan.
Tetapi saya perhatikan ada seorang murid asyik bermain. Geram juga dibuatnya. Lalu saya mendekatinya dan cuba memahami apa yang dia perlukan sebenarnya.
Saya: Can I help you Lutfi?
Lutfi: No.
Saya: Why are you keep playing? Look at your friends, they are doing their works.
Lutfi: No, I just want to play. I'm stupid. I don't know what to do.
OPPSSS! CHILL BOY...
YA, SAYA BODOH
Memang semua pelajar bodoh. 'Bodoh' dalam erti kata 'tidak pandai'. 'Tidak pandai' dalam sesuatu bidang, oleh sebab itu dia belajar. Semua pelajar perlu ada kesedaran yang mereka 'tidak pandai', dari situ seterusnya terhasil perasaan ingin tahu.
Apabila seseorang pelajar mengaku 'bodoh', dia ketika itu merendah diri. Dia sedar akan kelemahan diri yang kurang ilmu lalu kesedaran itu menuntut pelajar tersebut supaya lebih beradab dengan ilmu dan orang yang berilmu. Hormat guru. Mengaku 'bodoh' bukan bermaksud menghina diri, melainkan kalau ianya memang diniatkan sebegitu.
Apabila pelajar mempunyai kesedaran sebegitu, sepatutnya hati guru jadi lega. Tetapi untuk kes saya ini, terbalik. Pelajar tersebut mengaku bodoh, saya jadi susah hati. Mana tidaknya, dia mengaku bodoh, lalu ingin terus kekal begitu. Tidak mahu berusaha memandaikan diri.
Saya cuba memahamkan anak murid yang seorang ini tentang tujuan dia dihantar ke sekolah.
"You need to study. Your parents send you to school so that you can learn something new everyday. If you keep playing, when will you learn?"
IMPIKAN YANG PALING TINGGI
Merendah diri merupakan satu sifat yang mulia. Tetapi perlu diingat, merendah diri berbeza dengan merendah-rendahkan diri sendiri.
Perintah agar merendah diri ada disebut dalam Al-Quran. Dalam surah Luqman, Allah s.w.t. berfirman:
Manakala tentang merendah-rendahkan diri atau merendah-rendahkan orang lain, Allah s.w.t. telah berfirman dalam Surah Al-Hujrat seperti berikut:
Berusaha untuk menjadi yang terbaik memang dituntut dalam agama Islam. Tuntutan merendah diri tidak menafikan tuntutan untuk menjadi yang terbaik dalam hidup. Cuma, di tingkat mana sekalipun seseorang muslim itu berada, sifat rendah diri perlu sentiasa dijadikan amalan.
Mengaku 'tidak pandai' sepatutnya bertujuan memupuk hati agar tidak berbangga dengan ilmu yang dimiliki yang semuanya diperoleh hanya dengan izin Allah. Namun apabila benar-benar 'tidak pandai', setiap muslim disaran agar menuntut ilmu supaya menjadi lebih baik di masa akan datang.
Berusahalah, tuntutlah ilmu, jadilah lebih baik dari hari ke hari. Lalu apabila telah berjaya cemerlang, terus sahajalah merendah diri.
Ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi. Usah diikut resmi lalang, tinggi menjulang kosong lompong.
Saya: Please everyone, be at your own seats.
Murid: (duduk di tempat masing-masing, kecuali beberapa orang.)
Saya: Let's start our class with doa.
Murid: Bismillah...
Lalu para murid membaca doa untuk memulakan pelajaran. Doa yang biasa kita baca masa kecil-kecil dahulu.
اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا
من خزائن رحمتك يا أرحم الراحمين
Maksudnya: Ya Allah, bukakanlah bagi kami kebijaksanaanmuu, dan sebarkan (rahmat) buat kami daripada gedung-gedung rahmatMu, wahai Tuhan yang Maha Pemurah.
Lalu ditambah doa nabi Musa yang boleh kita dapati dalam surah Taha, ayat 25-28
قال رب اشرح لي صدري (25)
Maksudnya: Nabi Musa berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;
ويسر لي أمري (26)
Maksudnya: Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;
واحلل عقدة من لساني (27)
Maksudnya: Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,
يفقهوا قولي (28)
Maksudnya: Supaya mereka faham perkataanku
Sumber terjemahan: http://www.surah.my/20
Kemudian ditambah sedikit lagi:
رب زدني علما وارزقني فهما
Maksudnya: Wahai Tuhan, tambahkanlah ilmu bagiku, dan rezekikanlah bagiku kefahaman.
Beginilah rutin harian saya. Paling tidakpun buat masa ini. Begini jugalah rutin harian kebanyakan guru di Malaysia. Melayan kerenah anak-anak setiap hari. Mengajar mereka sesuatu, belajar daripada mereka sesuatu yang baru. Cuma beza antara saya dengan sekolah kebangsaan yang lain, bahasa perantaraan di sini ialah Bahasa Inggeris.
Saya mengajar seperti biasa. Menulis di hadapan, menerangkan kepada pelajar, lalu memantau mereka menyiapkan latihan.
Tetapi saya perhatikan ada seorang murid asyik bermain. Geram juga dibuatnya. Lalu saya mendekatinya dan cuba memahami apa yang dia perlukan sebenarnya.
Saya: Can I help you Lutfi?
Lutfi: No.
Saya: Why are you keep playing? Look at your friends, they are doing their works.
Lutfi: No, I just want to play. I'm stupid. I don't know what to do.
OPPSSS! CHILL BOY...
YA, SAYA BODOH
Memang semua pelajar bodoh. 'Bodoh' dalam erti kata 'tidak pandai'. 'Tidak pandai' dalam sesuatu bidang, oleh sebab itu dia belajar. Semua pelajar perlu ada kesedaran yang mereka 'tidak pandai', dari situ seterusnya terhasil perasaan ingin tahu.
Apabila seseorang pelajar mengaku 'bodoh', dia ketika itu merendah diri. Dia sedar akan kelemahan diri yang kurang ilmu lalu kesedaran itu menuntut pelajar tersebut supaya lebih beradab dengan ilmu dan orang yang berilmu. Hormat guru. Mengaku 'bodoh' bukan bermaksud menghina diri, melainkan kalau ianya memang diniatkan sebegitu.
Apabila pelajar mempunyai kesedaran sebegitu, sepatutnya hati guru jadi lega. Tetapi untuk kes saya ini, terbalik. Pelajar tersebut mengaku bodoh, saya jadi susah hati. Mana tidaknya, dia mengaku bodoh, lalu ingin terus kekal begitu. Tidak mahu berusaha memandaikan diri.
Saya cuba memahamkan anak murid yang seorang ini tentang tujuan dia dihantar ke sekolah.
"You need to study. Your parents send you to school so that you can learn something new everyday. If you keep playing, when will you learn?"
IMPIKAN YANG PALING TINGGI
Merendah diri merupakan satu sifat yang mulia. Tetapi perlu diingat, merendah diri berbeza dengan merendah-rendahkan diri sendiri.
Perintah agar merendah diri ada disebut dalam Al-Quran. Dalam surah Luqman, Allah s.w.t. berfirman:
وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ
لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ
مُخْتَالٍ فَخُورٍ (18)
Dan janganlah kamu memalingkan wajahmu dripada manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh. Sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri
(Luqman, 31: 18)
.......وَلَا تَلْمِزُوا
أَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ....... (11)
...Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk...
(Al-Hujurat.49: 11)
Berusaha untuk menjadi yang terbaik memang dituntut dalam agama Islam. Tuntutan merendah diri tidak menafikan tuntutan untuk menjadi yang terbaik dalam hidup. Cuma, di tingkat mana sekalipun seseorang muslim itu berada, sifat rendah diri perlu sentiasa dijadikan amalan.
Maksudnya:
Tidak merendah diri, melainkan orang yang mempunyai keyakinan diri

Tidak pula meninggi diri, kecuali orang yang mengetahui kekurangan dirinya.
Mengaku 'tidak pandai' sepatutnya bertujuan memupuk hati agar tidak berbangga dengan ilmu yang dimiliki yang semuanya diperoleh hanya dengan izin Allah. Namun apabila benar-benar 'tidak pandai', setiap muslim disaran agar menuntut ilmu supaya menjadi lebih baik di masa akan datang.
Berusahalah, tuntutlah ilmu, jadilah lebih baik dari hari ke hari. Lalu apabila telah berjaya cemerlang, terus sahajalah merendah diri.
Ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi. Usah diikut resmi lalang, tinggi menjulang kosong lompong.
No comments:
Post a Comment