Sunday, September 20, 2015

Mana datang dulu?

Latar tempat: Rumah pakngah

*Sesudah beraya*

Sameon: Kami balik dulu ya pakngah.
Pakngah: Baik-baik pandu kereta tu. 
Najmah: Selamat Hari Raya ya pakngah, makngah.
Makngah: Selamat Hari Raya juga. Nanti bila-bila ada masa lapang datanglah lagi. Tak perlu tunggu raya untuk datang ziarah.
Najmah: InsyaAllah makngah, pakngah. 


Latar tempat: Dalam kereta

*Dalam perjalanan pulang*

Najmah: Kak Farah cantikkan abang?
Sameon: Farah mana?
Najmah: Kak Farah anak pakngah dan makngahlah.
Sameon: Cantik? Abang tak rasa dia cantik.
Najmah: Tak cantik? serius?
Sameon: Ya, tak cantik. Tapi kemas. 
Najmah: Kemas dengan cantik bukan sama ke?
Sameon: Eh, lain. Perempuan cantik ni dia pakai baju dan tudung tak bergosok pun cantik. Cuba Jemah bayangkan Nora Danish atau Siti Nurhaliza pakai tudung tak bergosok, hilang tak cantiknya?
Najmah: Muka diorang dah memang cantik. Tak boleh nak katalah.
Sameon: Betul tu. Sekarang cuba bayangkan kak Farah pakai tudung tak bergosok, cantik tak?
Najmah: Hilang terus cantiknya. haha...
Sameon: Betul tak? Itulah bezanya antara kemas dengan cantik. Cantik itu anugerah, kemas itu pilihan. Kalau tak cantik tapi kemas, orang pandang pun selesa. 
Najmah: Betul tu. Macam Najmah, dahlah cantik, kemas pula tu. Kan abang?
Sameon: Tolonglah sedar diri.
Najmah: Hehe...  
Sameon: Contoh lainnya, Doktor Muhaya. Jemah kenal Doktor Muhaya?

Najmah: Doktor pakar mata yang buat lasik tu kan?
Sameon: Tepat sekali! Doktor Muhaya cantik atau kemas?
Najmah: Kemas rasanya. Sebab Jemah tak nampak Doktor Muhaya tu cantik. Tapi kan bang, Doktor Muhaya lain. Dia doktor, gaji besar. Tudung dia, baju dia, beg dia semuanya sedia ada kemas. Tak perlu beria lebih pun dah nampak kemas. Diorang kemas dan nampak cantik tu sebab ada duit.
Sameon: Kak Farah pun doktor. Kiranya dia pun kemas sebab ada duit?
Najmah: Entah. Yelah kot.
Sameon: Ok, abang tanya satu soalan. Mana yang datang dulu? Duit atau kekemasan?
Najmah: Macam takde kaitan je antara kekemasan dengan duit. 
Sameon: Abang tukar jadi soalan umum, antara duit dan disiplin, mana yang datang dulu?
Najmah: Cuba abang terangkan lebih lagi. Jemah masih tak jelas ni. 
Sameon: Tadi Jemah kata doktor-doktor ni kemas sebab kaya kan? Maksudnya disebabkan mereka ni kaya, ada duit, jadi mereka boleh jadi kemas. Betul?
Najmah: Errr... betul.
Sameon: Soalannya, ketika belum menjadi doktor, sebelum mereka ada duit, mereka ini kemas atau selekeh? Kita ambil contoh kak Farah. Dulu sebelum dia jadi doktor, dia kemas tak?
Najmah: Kemas juga bang. Dari dulu Jemah jealous tengok kak Farah. Bilik tidur dia jaga rapi, rak almari, jadual harian dia pun kemas. 
Sameon: That's the point. Itu yang abang nak cakap tadi. Ramai orang salah anggap mana yang datang dulu mana yang datang kemudian. Senang cerita, ramai yang keliru antara punca dan kesan.
Najmah: Macam Jemah cakap Doktor Muhaya cantik sebab kaya?
Sameon: Betul tu. 
Najmah: Tapi bang, cuba abang bayangkan kalau Doktor Muhaya tu bekerja sebagai kerani biasa di pejabat kerajaan. Abang rasa dia akan nampak cantik macam sekarang tak? 
Sameon: Kalau dia pandai urus duit, pandai urus diri, boleh jadi cantik, kemas. Macam Jemah sekarang ni, bukan doktor, malah belum bekerja pun. Tapi Jemah selekeh tak?
Najmah: Eh, takdelah sampai macam tu bang. Jemah pandai jaga diri lagi ni. 
Sameon: Itu yang abang maksudkan. Kecantikan, kesihatan, kepandaian, ramai kawan, kaya, dan lain-lain, itu semuanya kesan. Kesan daripada suatu punca yang bermula dari dalam diri kita. Cantik berpunca dari cara urus diri, sihat berpunca dari cara urus pemakanan, pandai berpunca dari cara belajar, ramai kawan berpunca dari cara jaga pergaulan, kaya berpunca dari cara kita uruskan kewangan dan begitulah seterusnya. 


Kemas dan cantik

Najmah: Tapi abang, ada orang yang lahir terus kaya contohnya anak raja, ada yang lahir terus cantik putih melepak macam adik-beradik Senrose tu, ada yang lahir tiba-tiba jadi genius macam Adi Putra. Macam mana tu?
Sameon: Itu rezeki. Segala puji bagi Allah yang menciptakan manusia berbeza-beza. Setiap yang Allah bagi lebih, mesti ada kurangnya. Anak raja kaya, tapi tak bebas. Makan pakai semua ada protokol. Adik-beradik Senrose cantik tapi kulit kurang melanin, kemungkinan dapat penyakit kulit lebih tinggi berbanding yang berkulit gelap. Adi Putra pandai tapi kurang masa bermain. Banyak masanya diperuntukkan untuk mengkaji itu dan ini. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Yang membezakan orang yang berjaya dan tidak berjaya adalah bagaimana dia mengawal kelebihan dan kekurangan diri. Cara dia urus diri yang paling penting. 
Najmah: Owh... 
Sameon: Sebab tu abang cakap tadi, kita kena bezakan antara punca dan kesan. Nak cantik, kena usaha bagi cantik. Siapa yang rezekinya dapat genetik cantik, kena usahakan untuk jaga. Begitu juga orang yang rezekinya kaya, pandai, atau apa sahaja. Perlu dijaga sebaik mungkin. 
Najmah: Betul jugalah bang. Kalau Jemah fikir semula, kebanyakan orang hebat ni jalan yang dia perlu lalu tak mudah juga bang. Berbalik kepada soalan abang tadi, antara duit dengan disiplin, disiplin datang dululah ya?
Sameon: Ya, betul tu. 
Najmah: Kiranya kalau macam Jemah, ada disiplin, lecturer sayang, kemudian belajar jadi mudah, pandai, grad, dapat kerja, lalu dapat gaji besar, kaya, cantik. Betul?
Sameon: Jauhnya fikir. Abang tak fikir sampai macam tu pun tapi kira bolehlah kalau nak faham macam tu. Disiplin - pandai - kaya - cantik. Sepatutnya cantik bukan di hujung, cantik itu sentiasa. Dari hari Jemah pandai berdisiplin, Jemah dah jadi cantik. 
Najmah: Tapi Jemah dah cantik dari dulu lagi. Macam mana tu bang?
Sameon: Itu bak kata orang tua-tua, Masuk bakul angkat sendiri. 
Najmah: Haha...


No comments:

Post a Comment