Saturday, May 16, 2015

Cerita Junaidah dan Sameon

Latar tempat: Kedai makan mamak.


*Menunggu pesanan makanan*

Sameon: Kau pesan apa tadi?
Junaidah: Nasi putih, telur bistik, dan sayur campur. Kenapa?
Sameon: Telur bistik itu apa?
Junaidah: Kau tak pernah makan telur bistik? Telur bistik macam telur dadar, tapi ada kuah masam-masam pedas. Sedap.
Sameon: Owh, aku tak pernah makan telur bistik. Kalau menu telur biasanya aku pesan telur dadar.


*anne hantar makanan*

Junaidah: Anne, lap meja ini.
Anne: Wokey.


telur bistik 
sumber gambar: http://layarhidupkudiduniafana.blogspot.com/2014/02/resipi-telur-bistik.html



Saturday, May 9, 2015

Hati-hati berdiskusi

Alhamudlillah, belia kini semakin ramai yang cintakan ilmu. Kalau sekitar sepuluh tahun dahulu, cukup susah untuk terjumpa belia yang membaca sambil menunggu bas, tetapi kini, pemandangan seperti ini tidak asing lagi di mata kita. Kadang-kadang kita jumpa belia yang membaca sambil menunggu bas, ada yang membaca di dalam keretapi, ada yang membaca sambil menunggu makanan dihidangkan oleh anne mamak dan ada macam-macam lagi situasi menunggu yang dimanfaatkan oleh belia dengan aktiviti membaca. Semoga Allah kurniakan kefahaman yang sebenar buat mereka.

Tidak cukup dengan membaca, belia Malaysia kini semakin giat melibatkan diri dalam diskusi-diskusi ilmiah serta  perbincangan-perbincangan yang bersifat intelektual tanpa mengira masa dan tempat. Bagus. Inisiatif ini secara tidak langsung mampu menggalakkan belia Malaysia lebih cintakan ilmu dan sentiasa cakna dengan isu-isu semasa yang berlaku sekaligus mengasah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam kalangan belia.

Ada antaranya yang memilih untuk berdiskusi di kedai mamak, ada yang memilih restoran masakan ala thai, ada yang memilih untuk sekadar berdiskusi di tepi tasik, dan ada yang sehingga sanggup menempah bilik berhawa dingin untuk mengadakan perbincangan ilmiah sesama mereka. Paling hebat, jika tidak mampu untuk bertemu di alam nyata, ada yang sanggup mengadakan diskusi ilmiah ini secara atas talian.